Assalamualaikum...apa kabar semua?? in Sya ALLAH dalam keadaan baik semua yer...saya ALHAMDULILLAH masih diberikan kesihatan yg sihat....sebelum tirai 2013 tertutup rapat saya dengan sedih hati dan pilunya hati ini tuliskan 1 entry khas untuk KAWAN..biarlah entry ini tanda ingatan yg tak kan dilupakan pada masa akan datang kerana kau pernah menjadi sahabatku di dunia...in sya ALLAH di akhirat juga kau lah sahabatku...
seminggu sebelum dia dihantar ke hospital Ipoh...aku tahu dia masuk hospital Manjung masuk darah...tu pon tengok FB adik dia...hanya doa dari jauh semoga dia sihat seperti sedia kala...tanpa rasa apa-apa dapat mesej dari kawan katanya dia masuk ICU kat hospital Ipoh... astafirullah...terkejut terkelu tak terkata hati ni..rasa macam nak terus balik Perak tengok dia..tapi kekangan masa menghalang semua itu.. doa ku untuk dia tanpa putus2 agar dia sedar selepas operation di kepala untuk buang darah beku itu...hampir seminggu dia masih tiada respon..ya ALLAH...kawan2 kt Perak masih update apa perkembangan dia...dorang tahu kawan dorang ni jauh kalo nak balik on the spot..tapi hati aku ni hanya ALLAH saja yg tahu.. hari2 mesti amek tahu perkembangannya...namunnnnnnn
tarikh keramat 3 Disember 2013 tak akan sesekali aku lupa...tak akan... lagi sejam sebelom doktor buka wayar-wayar yang memberikan pergantungan pada dia.... Linda call bagi tahu semua itu...dan ayat yang paling menghayat hati "lagi sejam doktor nak buka wayar2 tu dan kalau apa2 terjadi memang keluarga kena redha".... itulah ayat yg tersentap sungguh hati ini... sungguh busy dgn kerja terus terhenti tanpa kata-kata lagi dan air mata terus mengalir...hampir 3 jam selepas linda call bagitahu wayar-wayar tu akan dibuka....aku dapat call dari izzah pula...dan inilah perkabaran yg seboleh-bolehnya aku tak mahu dengar.... mengucap panjang tatkala dengar izzah bagi tahu dia dah tak ada... innalillah...terus air mata ni mengalir tanpa henti dan call bertalu-talu dari kawan2 bagi tahu yang dia dah pergi mengadap Illahi...sambil buat kerja mata ni dah bengkak mengenangkan seorang sahabat terbaik sekali dan teriuh sekali pergi meninggalkan aku dan sahabat-sahabat lain.. perginya tiada penganti..tiada lagi gelak tawa dan usikannya...dialah sahabat dialah teman...
walaupun aku kenal ko dan terus rapat dengan ko sejak form4-form5 tapi sebelum tu aku pernah kenal dgn ko jugak..setelah kita kenal terus jadi rapat sehingga hari ini..hari ini 3 disember 2013 ko pergi meninggalkan kami semua..terlalu banyak kenangan kita bersama...sapa lagi kalo yang mulut becok dalam kelas 4 sains sukan...sapa lagi yang paling bising dalam kelas 502...2 tahun sekelas dengan ko memang byk kenangan..sapa lagi nak tiru kerja sekolah matematik aku kalo bukan ko kan..pagi2 dah cari buku matematik aku...bila kelas matematik mesti berkumpul 1 meja bincang sama2 sampai cikgu Ng tunjuk tangan untuk stopkan kita tu...telatah ko time tu mmg ikot gaya cikgu Ng... walaupun ko masuk form6 sekejap je sebelom ko pindah sekolah tapi kita pernah belajar form6 sesama kan... tiap kali raya ko datang ziarah kawan-kawan...dan yg paling tak lupa laksa Mee umah ko...memang tiada tandingannya...saat kita holiday kat Pulau Pangkor...ko,aku, ira and Fiza...ingat lagi sanggup aku merempit dari umah pergi Lumut naik virago aku tu bawa g Pangkor semata2 nak holiday dengan korang semua...sampaikan ikot belakang lori ikan dan aku pon dah mcm bau ikan time tu...tp itulah holiday yg pertama dan terakhir dengan ko rasanya...semua masih belajar masa tu..sekarang bila dah bekerja susah nk bersama seperti dahulu... kenangan semua dengan ko tak kan sekali-kali aku lupa kerna ko perna menjadi seorang sahabat yang paling menghiburkan.
3 disember 2013 pukul 2 petang kau pergi mengadap ILLAHI..itulah detik yang paling tersentak saat ku tahu kau telah pergi...mahu rasanya diri ini terbang terus ke Perak... semoga dikau tenang dan bahagia disana disamping orang-orang yang beriman...ku ampunkan semuanya..pergimu yang tanpa ku sangka-sangka kerana aku dan kwn2 lain dah rancang nak melawat ko ahad ni...ahad ni..sungguh berharap dapat jumpa ko..tapiiii Allah sungguh sayangkan ko....hanya kiriman Fatihah dari jauh dapat ku berikan untuk ko...bila dapat perkabaran dari Ira dan Linda wajah ko terlalu tenang di akhir-akhir pertemuan itu..sungguh hati aku pilu..terus terbayangkan wajah ko..wajah yang sentiasa happy je...
#jodoh,ajal,maut,rezeki semuanya daripada ALLAH..semua yg terjadi adalah rencana ALLAH yang terbaik..bersyukur kepada ALLAH kerana berikan seorang sahabat yang baik untuk dikenali..usianya sama dengan ku..tapi sungguh ALLAH sygkan ko NANA...aku pon sayangkan ko...semoga kau tenang di sana...#