yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Wednesday, December 19, 2012

:: ibadah kerja::

Assalamualaikum....apa khabar??sihat la hendaknya yer kamu-kamu semua... saya Alhamdulillah sihat sejahtera...wahhh mcm karang ayat karangan plak kan..hehhe...mari memeriahkan dan menghiasi blog saya yang dah lapuk dan berhabuk ni..heheh...

kalau dulu time study time jadi student sibuk nak habis cepat sibuk nak cari kerja leh dapat duit banyak-banyak kan....tp bila orang yang dah bekerja plak sibuk nak sambung study sibuk nak jadi student semula....kannnnn..semua ni lumrah manusia..tipulah kalau kamu-kamu semua ni tak pernah berperasaan sebegini...sbb saya sebegini..hehe...tapi apa-apa pun sesuatu kerja yang kita lakukan itu adalah satu ibadah yang tidak ternilai harganya....sesuatu yang membawa manfaat pada diri kita sendiri..
sebenarnya..kerja itu....merupakan...satu ibadahhhh...(gaya ustazah norbaayah)..hehe...manisnya kurma ini... mari-mari dgr ini cerita...penat mcm mana pon kite bekerja ia tetap satu ibadah yang kita lakukan...kerana kerja itu adalah satu ibadah...sama ada kerja untuk diri sendiri...untuk keluarga...untuk keperluan masyarakat dan sebagainya... yang penting ia adalah satu ibadah...

~bekerja untuk keperluan diri~
sabda Rasullullah SAW yang bermaksud "jika pergi seorang diantara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-meminta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat"

~bekerja untuk keperluan keluarga~
Rasullullah SAW bersabda " sesungguhnya ALLAH sangat cintakan kepada orang mukmin yang bekerja"

lihatlah sabda Rasullullah ini yang mengatakan kerja itu adalah amalan yang mulia untuk dilakukan. namun, disebalik kerja yang dilakukan itu haruslah kerja yang berfaedah dan halal kerana rezeki yang halal ataupun haram itu akan menjadi sebahagian dalam darah daging kita sendiri.. oleh itu carilah kerja yang halal yang mampu memberikan manfaat dan faedah kepada kamu...

Dalam kesibukan bekerja jangan dilupakan juga ibadat solat,sedekah, amalan-amalan lain dan sebagainya...hal ini kerana dalam melakukan ibadah kerja kita masih mengingati ALLAH dengan melakukan amalan-amalan yang disuruh olehNYA....

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan ALLAH kepadaMu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia. Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba ALLAH) sebagaimana ALLAH berbuat baik kepadaMu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi, sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan"

oleh itu, marilah kite amalkan ibadah kerja yang mulia ini....


Tuesday, December 4, 2012

Tulang rusuk yang dipinjamkan....

assalamualaikaum....apa kabar semua..sihat?? moga-moga sihat la yer.. lama gak saya tak update blog kesayanganku ini... al maklumlah busy memanjang...tp malam ni saya ambil kesempatan juga nk kongsikan serba sedikit pengetahuan yang ada ni... so meh la kite sama2 menghayatinya...wahhhh macam forum perdana pulak rasanya..hehhe

setiap manusia tidak pernah lari dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana perasaan itu adalah lumrah yang telah ditetapkan oleh  ALLAH S.W.T... oleh kerana itu adanya perasaan ini membuatkan dua insan ataupun lebih dapat mengeratkan hubungan ataupun silaturrahim antara satu sama lain..  bagi saya perempuan salah satunya yang mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara kerana perempuan sering kali juga dikaitkan dengan sikap mudah beremosi dan bak kata orang "feeling" habis la....hehhe..kannnnnn.... namun seseorang itu haruslah menerima seadanya yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T itu.

cinta...cinta..cinta...itulah yang sering diperkatakan...adanya cinta adanya bahagia, adanya cinta adanya kesedihan, adanya cinta adanya kekecewaan dan pelbagainya.... walaupun cinta sepenuh hati kepada seseorang itu namun takdir qada dan qadar ALLAH yang telah menetapkan jodoh seseorang itu sejak azali sejak kita didalam perut lagi... jodoh, mati, rezeki semuanya ditangan ALLAH... sejujurnya saya sendiri tidak  pernah lari dengan kisah cinta..namun cinta monyet sekali ketika meningkat remaja di alam persekolahan (alamakkkk kantoi)...heheh.... namun hanya di bibir membicarakan sedemikian.. walaubagaimanapun jika JODOH ALLAH yang telah ditetapkan kepada ku orang lain ku redha kerana itulah yang terbaik untuk ummatnya.. namun sebolehnya biarlah penarang jantungku itulah pemilik tulang rusuk kiri ku ini.... AMINNNNNN....

terdapat satu hadith yang menyatakan :
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran  mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu" -Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

bagi kaum wanita yang sudah berumur ataupun meningkat dewasa janganlah risau kerana jodoh itu ALLAH telah tetapkan...lambat ataupun cepat itu adalah kehendakNYA..kita hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja dengan sebaik mungkin... kerana perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan perempuan yang tak baik adalah untuk lelaki yang tak baik....begitulah percaturan yang ALLAH telah tetapkan untuk ummatnya dengan sebaik mungkin kerana tiada sedikit cela pon yang ada..

siapa jodoh ku......siapa pemilik tulang rusuk yang ku pinjamkan ini.....siapa suami masa hadapanku.....siapa pemimpin daku nanti...siapa ketua keluargaku nanti..siapa??siapa???siapa??? hanya ALLAH sahaja yang tahu semua itu... oleh itu renungkanlah siapa pemilik tulang rusuk kamu semua.... soal cepat atau lambat itu adalah rezeki ALLAH tiada siapa yang tahu dan tiada siapa boleh memaksa kehendahNYA....




Tuesday, November 6, 2012

::DeTik-deTik BerSejAraH::

assalamualaikum....
apa khabar semua pengunjung2 sekalian...maaf dipinta dari empuan punya  blog ni....masa terlalu mencemburui saya untuk meng'update'kan diri....(waduh...waduhh...waduhhh)...
terima kasih jugak kepada pengunjung sekalian yang sudi berkunjung ke blog saya ini walaupun agak lama tak update entry.....
fuhhhhh fuhhhhhhhh (tiup habuk).....sawang pon penuh jugak dlm blog ni.....nk buat mcm mana empuan diri sgt2 busy la katakan....meh saya story mory kat semua-semua kenapa saya busy sangat...oppsss sebenarnya entry ni nk cerita pasal detik bersejarah saya..ehmmmm tapi takpe la...boleh la story mory sikit kenapa saya busy yer...hehehhe
ok lets to the topic why me always busy... lepas habis exam di semester akhir iaitu pada 30 jun 2012 tidak bermakna saya tidak perlu mengadap tugasan tertentu lagi...sebenarnya 2 julai 2012 adalah tarikh dimana saya perlu mendaftarkan diri di tempat saya praktikal...so bila dah start praktikal tu tahu2 la busy nya x seberapa tapi penat nya yg lebih..almaklum la baru 3 hari bis exam n then terus perlu mengharungi alam pra-pekerjaan...balik kerja je memang penat..penatnya bawa moto dari UKM bangi ke ARKIB negara jalan duta...bayangkan berapa jauhnya..tp sabar utk 2 bulan....so far so good la time praktikal tu sbb dpt byk pengalaman...
rezeki tak diduga apabila tamat praktikal pada 30 Ogos 2012..tanggal 31 Ogos 2012 saya mendapat panggilan untuk interview kerja sub contrak di Arkib Negara Malaysia...penat angkut barang balik ke Perak pon x habis lagi so 2 september 2012 saya berangkat sorang2 ke kuala lumpur semula untuk menjalani temuduga pada 3 september 2012..... Alhamdulillah berkat usaha, berdoa dan tawakkal saya berjaya dalam temuduga tersebut....Alhamdulillah...rezeki ALLAH...sbb baru je bis praktikal tak sempat nak berehat sedikit pon sudah dapat kerja..walaupun hanya sekadar kontrak tapi pengalaman itu paling bermakna untuk mencari kerja yang lebih baik nanti... hari tu juga lepas interview saya terus pulang ke perak dan 4 september 2012 saya berangkat ke kuala lumpur semula dengan dihantar oleh abah dan abang saya ke rumah sewa....first time duduk rumah sewa... Alhamdulillah sehingga hari ni genap 2 bulan saya bekerja di Arkib Negara Malaysia..
suatu hari yang penuh bermakna dan tercipta lembaran yang tak mungkin dilupakan sepanjang hidup saya adalah HARI KONVOKESYEN ku.... yang pertama berasa syukur sangat2 dapat merialisasikan impian saya sendiri untuk mengenggam segulung ijazah walaupun hanya mampu memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Sejarah) bagi kelas kedua.. Alhamdulillah.... tarikh keramat 22 Oktober 2012 tidak akan sesekali saya melupakanya...yang keduanya pula adalah saya dapat menyempurnakan hasrat mak abah saya sejak dahulu lagi sejak anak yang pertama lagi...ALHAMDULILLAH hasrat mereka berjaya saya penuhi...ini sahaja yang saya mampu mak abah... InsyaAllah orang kerja sungguh2 boleh bagi mak abah merasa kesenangan orang pula...dah lama sampai 23 tahun mak abah sara anak bongsu mak abah ni dari mula-mula dilahirkan sampailah tua bangka sampai dah kerja sendiri dah sekrang....TERIMA KASIH sangat2 mak abah....orang akan tolong mana yang mampu orang laksanakan....
ok rasanya dah panjang dah melalut ni.....jom kite terjah gambar-gambar plak...jom3...
time praktikal bersama pelajar2 praktikal dari universiti lain juga...UITM, UIAM, UNIMAS
bersama dengan cik penyelia saya yg tudung purple tu... dan juga rakan2 praktikal
inilah warga yyg byk membantu saya sepanjang saya menjalani praktikal di bahgian repositori arkib negara malaysia
ni pre-konvo....cantikkkkk
comei je semua kan....senyum dengan kegembiraan...
ini family saya yg turut datang....suke benar dorang ni...terima kasih sudi dtg tgk adik bongsu ni konvo..heheh

setelah selesai hari konvo iaitu sidang ke-5 pada 22 oktober 2012..
sumber inspirasi saya.....mak dan abah...
antara yg hadir...



Tuesday, August 28, 2012

::AidiLFitRi 2012::


assalamualaikum...apa kabar kamu semua??sihat?? maaf la bebanyak kerana tuan blog ni dah lama tak mengupdate kan blog kesayangan ini...dah macam-macam habuk sampah sarap dah ada....aissshhhhh shuhhhhhhh..nyah kau dari sini semua harta benda yang tidak diperlukan dalam blog ni...hehhe....bulan Ramadhan lalu langsung saya tak mengupdatekan diri dengan entry-entry mengenai Ramadhan kan...teruk betul saya ni...hahhaha...tapi tetibe dah musim raya laju je entry pasal hari raya di update kan...hahah..... apa nk jadi la ngn aku ni..asihhhhh

al kisahhhhh tersebutlahhh kisah......sebelum terlambat saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung-pengunjung blog kesayangan saya ini.... korang punya sambutan aidilfitri macam mana tahun ni?? okey??? saya biasa-biasa je...tapi seperti biasa lah tiap kali raya saat yang paling menggembirakan adalah dapat bersama-sama dengan keluarga tercinta, kawan-kawan dan penarang jantung ku jua....kekadang terfikir juga andai kata kalau saya dah kerja nanti tak dapat balik raya ke kampung macam mana lah perasaanku ini kan..adeeeeiiii...tp bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk menyambut hari yang gembira ini bersama-sama dengan keluarga tercinta... kawan-kawan juga tidak lekang mengunjungi rumah usangku itu.... selain daripada kawan-kawan penarang jantung ku juga turut datang kerumahku....kawan-kawan dan semua-semua laaaa....

mak..abah...abang-abang, kakak-kakak ku semua sangat menanti kepulanganku ke desa....sepanjang perjalananku pulang ke desa tak lekang SMS dikirimkan untuk bertanya kabarku sama ada okey ataupun tidak perjalananku....wahhhh kali ni rasanya raya yang paling menghayat hati rasanya kerana lg sehari nak raya baru aku dapat pulang ke desa...anak perantau la katakan...hehhe....jumaat (17 Ogos 2012) pukul 8 malam bergerak pulang dari Kolumpo....sampai di Kampung Padang Serai pada pukul 2 pagi 18 Ogos 2012...sesampai tu terus tido n then bangun sahur..... selepas selesai solat subuh aku longlai kerana terasa mengantuk lalu tertido.... namun tetibe terkejut dek percikan air...sekali MAK aku la kejut aku...hahhaha..baru pukul 8pagi dah kena percik air...heheh....nakal betul mak ni....kejut anak dara mak ni dengan cara baik punya.... dari pagi itulah smpai ke 2 pagi baru selesai buat kerja segala bagai untuk raya besok... masak laksa, kek coklat, ketupat, rendang,..huhhh penat..tp berbaloi sbb tak sabar nk raya..heheh...hari raya menjelma pada 19 Ogos 2012...terasa sangat sayu pagi itu...melangkah kaki ini ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya sehingga tidak dapat menahan sebak didada bila bersalaman memohon kemaafan dengan jemaah-jemaah yang hadir di masjid tersebut.... paling yang aku rindu sangat-sangat adalah menziarahi pusara arwah opah, tok dan wan...sangat pilu tp terasa gembira kerana masih diberikan kesempatan untuk menyambut hari raya bersama insan yang tersayang disekeliling aku....

seperti biasa, raya kedua sudah menjadi tradisi geng-geng kami....apakah tradisi itu?? hahah...apa lagi merayau la pergi menjengah kerumah orang walopon tak dijemput...niat asalnya nak kutip duit raya tp bila tuan rumah tengok tuan empunya badan sudah tua bangka seposen pon jgn harap dia nk bagi...hahahha.... tapi saya baik je niat nk pergi menziarahi kengkawan...hehe..(cover3).... tapi sangat seronok bersama kengkawan kerana saat itu lah gelak ketawa yang tidak terkawal bergema tidak kira dimana berada...hahha... usik mengusik, gurau senda kawan-kawan adalah saat yang sukar dilupakan...alahhhh kome ni nak tanya lagi sape geng-geng yang join konvoi kali ni......mcm biasa la..muka aku mesti ada..ya la mesti la ada kalo tak watpe aku wat entry yang ni...hehhe...

tak ketinggalan juga...kawan-kawanku yang melangsungkan perkahwinan juga pada hari raya kali ni...sorang-sorang mendirikan rumah tangga..aku??? hahha... ikot hati besok pon nk kawen..tp apakan daya belum ditentukan ALLAH lagi....yang melangsungkan perkahwinan selamat pengantin baru yer semoga kekal hingga ke akhir hayat....Bahatan tak sangka ang dah jadi laki orang dah...baru nk ngorat...hahhaha.... ape-ape pon selamat pengantin baru yer...aku pon mcm tak sabar nk kawen pon ada...hahah..(gatai)....

ok ape kata kite lihat gambar-gambar yang di ambil ketika musim perayaan aidilfitri tahun 2012 bersama kawan-kawan dan family...

malam raya..main bunga api dulu...tu la abang ipar saya yang paling bising sekali...mcm budak2 nk main bunga api jugak
raya kedua...3 dara pinggitan je....comey betul linda ngn adik dia ni...aisshhh anak sapa la ni...heheh
menyambut ketibaan tojik, zarif yg baru smpai....penat tunggu berejam-jam tau....john menyorok tak mau tangkap gambar


alolololo comei2nya dorang ni......
di rumah mazlan....best bergosip ni...hehhehe
dari kiri saya radhi, zul n azlan....3 teruna yg memecahkan tradisi spnjang konvoi kerana tahun ni baru join...hehhe..welcome3...tahun depan kite konvoi lg okey...
senyum ada makna tuuuuuuuuuuuu
tak kira dimana jua aksi ganas sentiasa dipamerkan oleh tojik n john...hahha..bertaubat la...tak lama lg ang tu dah nk jd laki orang...heheh
Forever peace....hahahha....dari kiri nisa, ira, linda, emma, saya, tojik, lan, ijoy n zul...
kelihatan poyo yg tongkat dagu tu...tp comei kan baju pink tu...hahahahha
jgn la bergaduh....udah besor pon nk gaduh2...heheh....seronok linda gelak..nisa anta report kat BF la tu...hehehe
jejaka yg sudah menjadi suami orang.....tak dak can dah la nk ngorat ni...hehe..selamat pengantin baru bahatan dan isteri...
ape ke dibuat tu nana oiiii....nk sabotaj bangku tu ke....sbb xdapat takle bahatan tu...hehhe.... fiza cuci mata la tu....amboiiii
alamakkkk...x disangka aku ikot tema majlis kahwin ang la bahatan...hehe..kebetulan...kot lepas ni aku ka mana tau kan...ehhh rasanya ada org lain yg pergi mendirikan masjid dulu kottt......tutttttttttt
senyum lain mcm je baju biru ngn hijau tu..... tak lama dah la tu kan....heheh
with kakak n anak sedara aku....ape ke yg ditengok kat bawah tu.....
sehari sebelum meninggalkan kampung halaman....keluar jenjalan ke teluk senangin, lumut dan manjung...hehe...cantik sungguh sunset tu..tp kalo xder org tu lg cantek rasanya kannnnnnn...hahahhaha


deruan ombak ketika matahari mengundurkan diri..sungguh cantik ciptaan ALLAH S.W.T....


2 dara pinggitan....aikkk betul ke ko tinggi ni ira...xpercaya aku (xboleh terima hakikat aku rendah)...hehehhe
alolololololol




akhir sekali.....inilah kaum kerabat kesayangan BETA.....tanpa mereka tiadalah aku di sini....budi yang dicurahkan kepadaku tidak mungkin dapat ku balas...tp ku berusaha untuk jadi yg terbaik untuk mak, abah, abang nan, abang A, abang jam, abang zan, abang zuha, kak ya, kak yana, kak shimah, kak imah, anak-anak sedara dan penarang jantungku...hehee... korang semua sentiasa terpahat di hati tak pernah sekali terlepas dari pemikiran ini....sayang sgt2...

Saturday, July 28, 2012

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

sebut namanya sahaja sudah pasti ramai yang menyangka bahawa institut ini hanyalah sebagai satu tempat penyelidikan mengenai perhutanan di Malaysia...kan??? sebab pada mulanya juga saya menyangka tempat ni hanya menjalankan penyelidikan mengenai perhutanan dan menjaga alam flora di Malaysia ini sahaja... namun tafsiran saya sungguh terpesong jauh dari landasan... al maklumlah otak saya yang tidak berkembang la katakan....hehhe..

untuk pengetahuan semua Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau lebih dikenali sebagai FRIM iaitu singkatan dari Forest Research Institute Malaysia yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur. Keindahan kawasan hutannya mengambarkan Maha Kuasa ALLAH yang tiada tandingannya. Hal ini kerana FRIM memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari  lebih lanjut tentang hutan dan pada masa yang sama bersantai di persekitaran yang tidak tercemar. Dengan menawarkan pelbagai aktiviti luar dan juga pembelajaran umum, FRIM mampu menjadi destinasi tumpuan untuk para pelancong juga pencinta alam sekitar. Selain daripada itu, FRIM boleh dijadikan tapak untuk pelbagai aktiviti seperti hari keluarga, perkhemahan, dan lain-lain lagi. Sebagai Taman Sains Hutan, FRIM mengalu-alukan kedatangan pelawat untuk melihat keindahan semulajadi. Di samping bersantai, lawatan sambil belajar boleh diatur dengan satu kumpulan seramai 20-40 orang. Lawatan ini memberi peluang untuk memahami tentang ekosistem hutan dan pelbagai fungsi pentingnya. 

Antara tempat yang boleh dilawati dalam institut ini adalah seperti Denai, Laluan Berkanopi, Air Terjun, Kawasan Berpaya, Muzium, Insectarium, Rumah Tradisional, Pusat Pembelajaran Alam Semula Jadi dan Arboreta.

Saya juga tidak ketinggalan untuk merasai kenikmatan dan keindahan flora dan fauna di situ... apabila sampai sungguh menakjubkan dan sangat-sangat teruja kerana keindahan permandangan yang tiada tandingannya. Hal ini kerana dalam kesibukan kota raya yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi serta hiruk pikuk kenderaan yang bising masih ada lagi satu kawasan seolah-olah saya berada dikampung halaman.... pokok-pokok yang meninggi, bunyi burung-burung berkicauan, bunyi deruan air terjung yang sangat membuatkan diri ini rasa tidak sabar terjun dalam air tu..... truely memang terasa sangat-sangat aman tanpa dibelenggu dengan hiruk pikuk bandar... sangat sesuai untuk aktiviti berkeluarga, camping atau untuk mereleasekan tension masing-masing. marilah ke FRIM Kepong.

Sebelum kamu semua google-google nak tengok suasana di sana baik saya tinggalkan gambar-gambar ketika saya berkunjung ke sana..yuk semua amati keindahan suasana yang sangat mendamaikan...