yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Tuesday, December 4, 2012

Tulang rusuk yang dipinjamkan....

assalamualaikaum....apa kabar semua..sihat?? moga-moga sihat la yer.. lama gak saya tak update blog kesayanganku ini... al maklumlah busy memanjang...tp malam ni saya ambil kesempatan juga nk kongsikan serba sedikit pengetahuan yang ada ni... so meh la kite sama2 menghayatinya...wahhhh macam forum perdana pulak rasanya..hehhe

setiap manusia tidak pernah lari dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana perasaan itu adalah lumrah yang telah ditetapkan oleh  ALLAH S.W.T... oleh kerana itu adanya perasaan ini membuatkan dua insan ataupun lebih dapat mengeratkan hubungan ataupun silaturrahim antara satu sama lain..  bagi saya perempuan salah satunya yang mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara kerana perempuan sering kali juga dikaitkan dengan sikap mudah beremosi dan bak kata orang "feeling" habis la....hehhe..kannnnnn.... namun seseorang itu haruslah menerima seadanya yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T itu.

cinta...cinta..cinta...itulah yang sering diperkatakan...adanya cinta adanya bahagia, adanya cinta adanya kesedihan, adanya cinta adanya kekecewaan dan pelbagainya.... walaupun cinta sepenuh hati kepada seseorang itu namun takdir qada dan qadar ALLAH yang telah menetapkan jodoh seseorang itu sejak azali sejak kita didalam perut lagi... jodoh, mati, rezeki semuanya ditangan ALLAH... sejujurnya saya sendiri tidak  pernah lari dengan kisah cinta..namun cinta monyet sekali ketika meningkat remaja di alam persekolahan (alamakkkk kantoi)...heheh.... namun hanya di bibir membicarakan sedemikian.. walaubagaimanapun jika JODOH ALLAH yang telah ditetapkan kepada ku orang lain ku redha kerana itulah yang terbaik untuk ummatnya.. namun sebolehnya biarlah penarang jantungku itulah pemilik tulang rusuk kiri ku ini.... AMINNNNNN....

terdapat satu hadith yang menyatakan :
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran  mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu" -Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

bagi kaum wanita yang sudah berumur ataupun meningkat dewasa janganlah risau kerana jodoh itu ALLAH telah tetapkan...lambat ataupun cepat itu adalah kehendakNYA..kita hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja dengan sebaik mungkin... kerana perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan perempuan yang tak baik adalah untuk lelaki yang tak baik....begitulah percaturan yang ALLAH telah tetapkan untuk ummatnya dengan sebaik mungkin kerana tiada sedikit cela pon yang ada..

siapa jodoh ku......siapa pemilik tulang rusuk yang ku pinjamkan ini.....siapa suami masa hadapanku.....siapa pemimpin daku nanti...siapa ketua keluargaku nanti..siapa??siapa???siapa??? hanya ALLAH sahaja yang tahu semua itu... oleh itu renungkanlah siapa pemilik tulang rusuk kamu semua.... soal cepat atau lambat itu adalah rezeki ALLAH tiada siapa yang tahu dan tiada siapa boleh memaksa kehendahNYA....




No comments: