yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Saturday, July 14, 2012

Praktikal di Arkib Negara Malaysia

assalamualaikum.... lamanya rasa diri ini tidak mengupdatekan diri kat blog yg tercinta ini... dah bersawang dah pon...habuk pon dah berapa inci penuh dalam blog ni kan....ape-ape pon terima kasih sangat2 kepada yang sudi datang menjenguk blog saya ini..sangat-sangat terharu dengan kunjungan anda smua. entry kali ni saya cume nk kongsikann pengalaman pertama saya mengharungi dunia latihan industri atauapun praktikal

2 Julai 2012 merupakan tarikh bermulanya latihan industri saya... seperti sedia maklum pada 2 julai 2012 tu saya mendaftarkan diri di tempat Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) di UKM.... namun pada hari pertama praktikal hanya pengenalan institusi sahaja diberikan lalu pada pukul 12 tengah hari saya dibenarkan pulang...wahhh apakah ini?? nanti ape yg patut saya tulis dalam laporan saya dan nanti apekah pengalaman yg saya perolehi.... oleh kerana itu, pada 3 Julai 2012 merupakan hari kedua saya bekerja di IKRAB dan tidak disangka-sangka juga Arkib Negara Malaysia memerlukan pelajar untuk menjalani praktikal di situ akibat ramai pelajar yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan.... maka urusan untuk perpindahan tempat praktikal terpaksa diuruskan pada hari tersebut juga kerana pihak Arkib Negara Malaysia sudah memaklumkan bahawa pada 4 Julai 2012 saya mesti melaporkan diri di Unit Latihan Arkib Negara Malaysia di Memorial Tun Hussien Onn... oleh itu pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi untuk menyelsaikan urusan pertukaran tersebut.....masalah paling besar perlu mengadap orang-orang di pejabat dan pengarah-pengarah institusi dan HEJIM...wahhhhh kelam kabut rasanya..berkat kesabaran dan ketabahan aku berjaya membuat pertukaran dan mendapat persetujuan daripada semua pihak dan mengikut prosuder pertukaran dengan sebaik mungkin...ALHAMDULILLAH.....

cerita 4 Julai 2012 pula..... pepagi lagi dah gerak ke KTM UKM untuk pergi ke memorial tun hussien onn sebab kena daftar dekat situ..dah lepas daftar barulah pergi  ke Arkib Negara Malaysia... sebab saya naik ktm sbb tak tahu jalan nk ke memorial tersebut... setelah selesai berurusan di Unit Latihan pihak yang bertanggungjawab telah menghantar kami ke Arkib Negara Malaysia...dan saya telah ditempatkan di Seksyen Pengurusan Repositori.... wahhhhh hari pertama sememangnya malu dan tak banyak cakap sebab tak berapa kenal dan aku dapat meja sendiri serta kawan baru iaitu budak praktikal juga dari UIA...

dan hari-hari berikutnya sehinggalah genap seminggu aku bekerja di situ....sikap banyak mulut kembali terserlah...hahah.....mulalah mengusik kawan sekerja....  ALHAMDULILLAH suasana dalam pejabat sangat  seronok... dan barulah aku tahu betapa sukarnya mereka-mereka ini mencari bahan-bahan yang diminta oleh penyelidik... saya juga telah mempelajari bagaimana nk cari bahan dan membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh bos...buat masa sekarang saya menguruskan fail-fail sulit malayan union yang akan diturunkan tarafnya supaya fail-fail tersebut dapat diperolehi dan dirujuk oleh para penyelidik.. bos kata bukan semua orang boleh buat ni sebab hanya orang tertentu sahaja boleh buat kerja ni..tetibe rasa bangga plak bila bos kata mcm tu..heheh.... sangat bersyukur dapat buat pertukaran dan dapat pengalaman buat kerja serta menimba pengalaman.... so korang semua doakan perjuanganku untuk menjalani praktikal selama 8 minggu ni dengan sebaik mungkin yer...

p/s: praktikal ini adalah sebahagian daripada keperluan untuk memenuhi kredit hour supaya saya dapat grad...heheh....disamping dapat grad saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman kerja di ofis kerajaan..

1 comment:

Anonymous said...

maaf saya nak tanya kalau dari ktm ukm nak ke arkib negara tu turun dimana ya?selepas tu kena amik teksi/bus ke nak ke arkib negara tu?
kalau naik bas..naik bas ape ye?
maaf banyak soalan hihi