Assalamualaikum....apa khabar??sihat la hendaknya yer kamu-kamu semua... saya Alhamdulillah sihat sejahtera...wahhh mcm karang ayat karangan plak kan..hehhe...mari memeriahkan dan menghiasi blog saya yang dah lapuk dan berhabuk ni..heheh...
kalau dulu time study time jadi student sibuk nak habis cepat sibuk nak cari kerja leh dapat duit banyak-banyak kan....tp bila orang yang dah bekerja plak sibuk nak sambung study sibuk nak jadi student semula....kannnnn..semua ni lumrah manusia..tipulah kalau kamu-kamu semua ni tak pernah berperasaan sebegini...sbb saya sebegini..hehe...tapi apa-apa pun sesuatu kerja yang kita lakukan itu adalah satu ibadah yang tidak ternilai harganya....sesuatu yang membawa manfaat pada diri kita sendiri..
sebenarnya..kerja itu....merupakan...satu ibadahhhh...(gaya ustazah norbaayah)..hehe...manisnya kurma ini... mari-mari dgr ini cerita...penat mcm mana pon kite bekerja ia tetap satu ibadah yang kita lakukan...kerana kerja itu adalah satu ibadah...sama ada kerja untuk diri sendiri...untuk keluarga...untuk keperluan masyarakat dan sebagainya... yang penting ia adalah satu ibadah...
~bekerja untuk keperluan diri~
sabda Rasullullah SAW yang bermaksud "jika pergi seorang diantara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-meminta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat"
~bekerja untuk keperluan keluarga~
Rasullullah SAW bersabda " sesungguhnya ALLAH sangat cintakan kepada orang mukmin yang bekerja"
lihatlah sabda Rasullullah ini yang mengatakan kerja itu adalah amalan yang mulia untuk dilakukan. namun, disebalik kerja yang dilakukan itu haruslah kerja yang berfaedah dan halal kerana rezeki yang halal ataupun haram itu akan menjadi sebahagian dalam darah daging kita sendiri.. oleh itu carilah kerja yang halal yang mampu memberikan manfaat dan faedah kepada kamu...
Dalam kesibukan bekerja jangan dilupakan juga ibadat solat,sedekah, amalan-amalan lain dan sebagainya...hal ini kerana dalam melakukan ibadah kerja kita masih mengingati ALLAH dengan melakukan amalan-amalan yang disuruh olehNYA....
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan ALLAH kepadaMu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia. Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba ALLAH) sebagaimana ALLAH berbuat baik kepadaMu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi, sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan"
oleh itu, marilah kite amalkan ibadah kerja yang mulia ini....