Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
Wednesday, September 11, 2013
Monday, September 9, 2013
Dedikasi khas untuk Abah
Assalamualaikum wbt…apa khabar
korang semua??sihat??? semoga sihat la hendaknya yer…saya… Alhamdulillah masih
diberikan kesihatan yang sihat walopon hati tak berapa nak sihat…kikikk…entry
kali ni saya nak dedikasi untuk insan yang paling-paling saya sayang sekali…yang
membela,menjaga,bagi nasihat,bagi duit…yaaaaa itulah sumber duit saya sepanjang
saya belajar sampailah saya dah bekerja sekalipon masih ada lagi diberinya…siapa
ya??siappaaaaaaaa….. of course la my ABAH….
Abah, ayah, papa, walid, bapak,
baba or whatever la ape yang korang panggil kan….yang penting saya panggil ABAH…dari
kecik lagi ABAH la yang dipanggil oleh mulut ini…..masih ingat lagi di fikiran
ini waktu pendaftaran sekolah darjah 1.. abah hantar saya ke sekolah dengan
menaiki basikal je…saya membonceng dibelakang…bestnyaa kan dapat jadi
pembonceng duk belakang..gigihnya seorang abah nk sekolahkan anak bongsu dia
ni..tapi anak bongsu dia ni tak pernah mengenangkan semua tu sebab anak dia ni
bodoh tu pasal result UPSR teruk!!!!! Ya ALLAH jahilnya rasa diri ini..pastu
dah masuk sekolah menengah pon dapat masuk kelas 6 dari 11 kelas time form 1…jahilnya
diri ini…tapi nasib baik ade kesedaran dalam diri ini… saya mula bangunkan diri
demi ABAH dan MAK saya…. Alhamdulillah result PMR yang boleh la kata cukup2
makan naikkan ke kelas Sains Sukan…justeru menyahut cabaran sorang cikgu tu…
Alhamdulillah…SPM plak takde la sepandai semegah mana sebab apply U pon xlepas
dengan result tu…kolej swasta jgn cerita la mmg nk habiskan duit orang je…so
keputusan dibuat sambung Form 6 je sebab jimat duit Abah nk bayar yuran…
Lepas SPM aku dapat PLKN Kg
Baharu, Ayer Tawar.. Abah??? Orang yang paling xcited rasanya nak hantar sebab
seronok anak dia dapat PLKN..padahal setengah jam je kem tu dr rumah…hehehe…duit??
Usah dicerita la…kalo xde suruh kakak anta dia pos ke kem… abah…abah….risau
benor…waktu form 6 n jadi student UKM dulu pon abah mmg mcm tu….risau betul kat
anak bongsu dia ni…. Kalo balik kampong ke hulur tum mg perkara wajib…kalo
hujung2 sem je mesti Tanya..tapi abah tak Tanya sendiri dia akan gunakan mak
untuk Tanya kt aku.. itulah abah saya… moto kriss kesayangan aku t upon dia
usung pi mai pi maid r perak ke UKM demi anak bongsu dia ni…3 tahun usung
sesaje atas jalan raya moto tu…usung
naik avanza la..naik storm la…yang penting sampai…hehhe…tu sebab dia belikan
kereta dengan Abang A sebab senang nk hantar dan ambil aku time study kt UKM
dulu..senang nk angkut moto dengan barang2…pemikiran abah yang tiada
tandingannya..
Bila dah kerja pon macam tu jugak…tu
la naluri seorang abah..tapi satu je kalo abah cakap TU…TU la…jangan
membangkang… anak yang soleh dan solehah tidak membangkang cakap orang tuanya…yer
idak????hehheh…
Tanggal 6 September 2013 tepat
pukul 2.30petang ketika aku sedang kusyuk bekerja selepas Encik Zaindra iaitu
manager aku bagi cup cake kat semua staff…semua kusyuk makan cup cake ketika
itu… dan aku pon menikmati secubit dua cubit sambil mata tengok handset….tetiba
ada 2 mesej dari Kak Ya dan 1 inbox dari anak sedara….mesej kak ya “salam,kak
ya nak bagitau ni tapi jangan terkejut plak…abah masuk hospital”…terus cup cake
yang dimakan macam xsedap dan mutiara2 mula berlinangan…. Memang teringat kat
PERAK dah..hati di perak dah walopon di KL…. Pastu aku terus cakap dekat kawan
opis “kalo wa tak pergi khidmat msyrakat kt zoo besok boleh tak??” dia Tanya “kenapa
wa??jom laaaaa”…..”abah masuk hospital(sambil menangis terus)…” pastu smbung
2saat buat kerja plak tp tak boleh nk focus….terus aku bangun pergi kat manager
“ encik Zain kalau saya nak balik awal boleh tak??(sambil mata dah merah)”
pastu “kenapa”…lalu dengan sebak aku cakap “abah saya masuk hospital”….. dengan
lantasnya dia tanya “wawa tengah buat balancing process point kan..ok bagi
dekat lucy untuk siapkan…u boleh balik..hati-hati”….dengan segeranya pergi ke
meja kemas2 barang n pas kerja kt Lucy… Alhamdulillah manager yang baik hati…sambil
bawa moto balik rumah mata memang meleleh tak terkata la..tak heran dah apa
orang pandang yang penting aku nk cepat balik Perak… 3.30petang gerak dari
Pantai Dalam pukul 7malam sampai terus
kt Hospital Manjung…nasib baik waktu melawat ada lagi setengah jam.. laju??? Usah
diceritakan sepanjang perjalanan nangis je n tak sedar berapa laju aku bawa
yang penting nk cepat sampai…raasanya speed trap kena kot..tp minta2 xkena la….xnak
bayar saman…huhuh…yang ingat abah…abah…abah…abah…tu je dalam fikiran xde fikir
lain dah… sampai2 hospital salam abah peluk abah peluk mak salam mak… ya Allah
abah kenapa badan pucat je…kuning badan abah…xde darah langsung Nampak..lagi
buat aku sedih….betoi la kata member office time keje kat Arkib Negara dulu…Kak
Ain selalu cakap “wawa gembeng” heheh…nk buat cam mana kak memang kaki nangis
ni…pantang silap sikit…ok back to topic… aku tunggu kt abah sampai guard
hospital tu halau suh keluar sebab waktu melawat dah habis….huhu…ikotkan hati
nak je tido kt hospital tapi sebabkan sorang je boleh tunggu kt situ…huhu…aku
balik rumah kakak aku kat Ayer Tawar je tak balik pon kt Kg. padang Serai sebab
kalo balik pon bukan ada mak abah kt rumah so duduk la umah Kak Ya…dalam pukul
10 malam keluar nk g hantar selimut n barang2 keperluan kat mak kat hospital
sbb risau mak tak selesa jaga abah….
Hari kedua plak tengah hari dah
tercatok kt hospital nk jumpe abah… Alhamdulillah abah dah x kuning sangat tp
kaki kanan still bengkak lagi… tapi doctor masih tak dapat kesan apa
penyakitnya lagi…sampailah ke hari ahad iaitu hari last untuk aku bersama2 abah
dekat hospital masih tak tahu keputusan apa abah sakit…. Sorang2 datang melawat
abah tak henti2 orang datang…. Aku ni memang pantang tengok orang sedih2 ni
kang aku join sekali… sape yang tak sedih bila orang yang kita sayang yang kita
tatang bagai minyak yang penuh sakit…setelah 63 tahun dia xpernah masuk
hospital ditahan di wad tapi kali ni…tu yang terasa sebab tu…huhu..aku yang
jauh ni lagi la terasa..sanggup balik dari jauh ni sebab risau sgt2 apa yang
terjadi kt abah
Kengkawan semua doakan abah saya
sihat yer..semoga tiada penyakit yang memudaratkan dia…tak sanggup hati ni
tengok dia sakit tak pernah tengok dia sakit macam ni… ya ALLAH sembuhkanlah
penyakit abah…sihatkanlah tubuh badannya..panjangkan umurnya ya ALLAH supaya
dia dapat melihat apa yang dihajatinya Ya ALLAH… doanya ketika di Mekah dahulu
untuk anak bongsunya ini… semoga doa abah dimakbulkan oleh ALLAH… Aminnn…
cerita pasal doa abah untuk aku ni sangat2 sedih…waktu abah cakap kt aku tu pon
memang aku xdapat tahan sebab… terima kasih Abah… kalau suatu hari nanti apa
yang abah doakan untuk anak bongsu abah ni termakbul orang tak tahu nak balas
budi abah macam mana..abah tahu orang ni macam mana..orang ni mmg lemah…mmg
xkuat tapi abah bagi semangat kt orang…abah pujuk orang dengan macam2…abah
belikan ‘suami kedua’ kat orang…tu semua sebab abah nak pujuk hati orang kan…ya
ALLAH tak terkata sebenarnya apa yang abah buat untuk anak bongsu abah ni..
orang pon sentiasa berdoa agar doa abah kt Mekah untuk orang tu
termakbul..orang pon tak sabar nak menanti saat itu..sungguhnya orang sayang
sangat2 kat abah…
keadaan abah ketika dihospital...kurusnyaaaa |
ketika dia sihat...tak reti duduk diam....nak abah macam ni semula....yang sentiasa sihat |
basikal abah |
Subscribe to:
Posts (Atom)