yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Monday, September 9, 2013

Dedikasi khas untuk Abah

Assalamualaikum wbt…apa khabar korang semua??sihat??? semoga sihat la hendaknya yer…saya… Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang sihat walopon hati tak berapa nak sihat…kikikk…entry kali ni saya nak dedikasi untuk insan yang paling-paling saya sayang sekali…yang membela,menjaga,bagi nasihat,bagi duit…yaaaaa itulah sumber duit saya sepanjang saya belajar sampailah saya dah bekerja sekalipon masih ada lagi diberinya…siapa ya??siappaaaaaaaa….. of course la my ABAH….
Abah, ayah, papa, walid, bapak, baba or whatever la ape yang korang panggil kan….yang penting saya panggil ABAH…dari kecik lagi ABAH la yang dipanggil oleh mulut ini…..masih ingat lagi di fikiran ini waktu pendaftaran sekolah darjah 1.. abah hantar saya ke sekolah dengan menaiki basikal je…saya membonceng dibelakang…bestnyaa kan dapat jadi pembonceng duk belakang..gigihnya seorang abah nk sekolahkan anak bongsu dia ni..tapi anak bongsu dia ni tak pernah mengenangkan semua tu sebab anak dia ni bodoh tu pasal result UPSR teruk!!!!! Ya ALLAH jahilnya rasa diri ini..pastu dah masuk sekolah menengah pon dapat masuk kelas 6 dari 11 kelas time form 1…jahilnya diri ini…tapi nasib baik ade kesedaran dalam diri ini… saya mula bangunkan diri demi ABAH dan MAK saya…. Alhamdulillah result PMR yang boleh la kata cukup2 makan naikkan ke kelas Sains Sukan…justeru menyahut cabaran sorang cikgu tu… Alhamdulillah…SPM plak takde la sepandai semegah mana sebab apply U pon xlepas dengan result tu…kolej swasta jgn cerita la mmg nk habiskan duit orang je…so keputusan dibuat sambung Form 6 je sebab jimat duit Abah nk bayar yuran…
Lepas SPM aku dapat PLKN Kg Baharu, Ayer Tawar.. Abah??? Orang yang paling xcited rasanya nak hantar sebab seronok anak dia dapat PLKN..padahal setengah jam je kem tu dr rumah…hehehe…duit?? Usah dicerita la…kalo xde suruh kakak anta dia pos ke kem… abah…abah….risau benor…waktu form 6 n jadi student UKM dulu pon abah mmg mcm tu….risau betul kat anak bongsu dia ni…. Kalo balik kampong ke hulur tum mg perkara wajib…kalo hujung2 sem je mesti Tanya..tapi abah tak Tanya sendiri dia akan gunakan mak untuk Tanya kt aku.. itulah abah saya… moto kriss kesayangan aku t upon dia usung pi mai pi maid r perak ke UKM demi anak bongsu dia ni…3 tahun usung sesaje atas jalan raya  moto tu…usung naik avanza la..naik storm la…yang penting sampai…hehhe…tu sebab dia belikan kereta dengan Abang A sebab senang nk hantar dan ambil aku time study kt UKM dulu..senang nk angkut moto dengan barang2…pemikiran abah yang tiada tandingannya..
Bila dah kerja pon macam tu jugak…tu la naluri seorang abah..tapi satu je kalo abah cakap TU…TU la…jangan membangkang… anak yang soleh dan solehah tidak membangkang cakap orang tuanya…yer idak????hehheh…
Tanggal 6 September 2013 tepat pukul 2.30petang ketika aku sedang kusyuk bekerja selepas Encik Zaindra iaitu manager aku bagi cup cake kat semua staff…semua kusyuk makan cup cake ketika itu… dan aku pon menikmati secubit dua cubit sambil mata tengok handset….tetiba ada 2 mesej dari Kak Ya dan 1 inbox dari anak sedara….mesej kak ya “salam,kak ya nak bagitau ni tapi jangan terkejut plak…abah masuk hospital”…terus cup cake yang dimakan macam xsedap dan mutiara2 mula berlinangan…. Memang teringat kat PERAK dah..hati di perak dah walopon di KL…. Pastu aku terus cakap dekat kawan opis “kalo wa tak pergi khidmat msyrakat kt zoo besok boleh tak??” dia Tanya “kenapa wa??jom laaaaa”…..”abah masuk hospital(sambil menangis terus)…” pastu smbung 2saat buat kerja plak tp tak boleh nk focus….terus aku bangun pergi kat manager “ encik Zain kalau saya nak balik awal boleh tak??(sambil mata dah merah)” pastu “kenapa”…lalu dengan sebak aku cakap “abah saya masuk hospital”….. dengan lantasnya dia tanya “wawa tengah buat balancing process point kan..ok bagi dekat lucy untuk siapkan…u boleh balik..hati-hati”….dengan segeranya pergi ke meja kemas2 barang n pas kerja kt Lucy… Alhamdulillah manager yang baik hati…sambil bawa moto balik rumah mata memang meleleh tak terkata la..tak heran dah apa orang pandang yang penting aku nk cepat balik Perak… 3.30petang gerak dari Pantai Dalam  pukul 7malam sampai terus kt Hospital Manjung…nasib baik waktu melawat ada lagi setengah jam.. laju??? Usah diceritakan sepanjang perjalanan nangis je n tak sedar berapa laju aku bawa yang penting nk cepat sampai…raasanya speed trap kena kot..tp minta2 xkena la….xnak bayar saman…huhuh…yang ingat abah…abah…abah…abah…tu je dalam fikiran xde fikir lain dah… sampai2 hospital salam abah peluk abah peluk mak salam mak… ya Allah abah kenapa badan pucat je…kuning badan abah…xde darah langsung Nampak..lagi buat aku sedih….betoi la kata member office time keje kat Arkib Negara dulu…Kak Ain selalu cakap “wawa gembeng” heheh…nk buat cam mana kak memang kaki nangis ni…pantang silap sikit…ok back to topic… aku tunggu kt abah sampai guard hospital tu halau suh keluar sebab waktu melawat dah habis….huhu…ikotkan hati nak je tido kt hospital tapi sebabkan sorang je boleh tunggu kt situ…huhu…aku balik rumah kakak aku kat Ayer Tawar je tak balik pon kt Kg. padang Serai sebab kalo balik pon bukan ada mak abah kt rumah so duduk la umah Kak Ya…dalam pukul 10 malam keluar nk g hantar selimut n barang2 keperluan kat mak kat hospital sbb risau mak tak selesa jaga abah….
Hari kedua plak tengah hari dah tercatok kt hospital nk jumpe abah… Alhamdulillah abah dah x kuning sangat tp kaki kanan still bengkak lagi… tapi doctor masih tak dapat kesan apa penyakitnya lagi…sampailah ke hari ahad iaitu hari last untuk aku bersama2 abah dekat hospital masih tak tahu keputusan apa abah sakit…. Sorang2 datang melawat abah tak henti2 orang datang…. Aku ni memang pantang tengok orang sedih2 ni kang aku join sekali… sape yang tak sedih bila orang yang kita sayang yang kita tatang bagai minyak yang penuh sakit…setelah 63 tahun dia xpernah masuk hospital ditahan di wad tapi kali ni…tu yang terasa sebab tu…huhu..aku yang jauh ni lagi la terasa..sanggup balik dari jauh ni sebab risau sgt2 apa yang terjadi kt abah

Kengkawan semua doakan abah saya sihat yer..semoga tiada penyakit yang memudaratkan dia…tak sanggup hati ni tengok dia sakit tak pernah tengok dia sakit macam ni… ya ALLAH sembuhkanlah penyakit abah…sihatkanlah tubuh badannya..panjangkan umurnya ya ALLAH supaya dia dapat melihat apa yang dihajatinya Ya ALLAH… doanya ketika di Mekah dahulu untuk anak bongsunya ini… semoga doa abah dimakbulkan oleh ALLAH… Aminnn… cerita pasal doa abah untuk aku ni sangat2 sedih…waktu abah cakap kt aku tu pon memang aku xdapat tahan sebab… terima kasih Abah… kalau suatu hari nanti apa yang abah doakan untuk anak bongsu abah ni termakbul orang tak tahu nak balas budi abah macam mana..abah tahu orang ni macam mana..orang ni mmg lemah…mmg xkuat tapi abah bagi semangat kt orang…abah pujuk orang dengan macam2…abah belikan ‘suami kedua’ kat orang…tu semua sebab abah nak pujuk hati orang kan…ya ALLAH tak terkata sebenarnya apa yang abah buat untuk anak bongsu abah ni.. orang pon sentiasa berdoa agar doa abah kt Mekah untuk orang tu termakbul..orang pon tak sabar nak menanti saat itu..sungguhnya orang sayang sangat2 kat abah…
keadaan abah ketika dihospital...kurusnyaaaa
ketika dia sihat...tak reti duduk diam....nak abah macam ni semula....yang sentiasa sihat
basikal abah

No comments: