Assalamualaikum... apa khabar korang semua... semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera la hendaknya yer..saya??ehmmmm begitulah mcm biasa sebagai insan yang biasa...
hari ini 20 Oktober 2013 genap sudah 3 minggu 2 hari arwah ABAH pergi meninggalkan keluarga saya... seperti tak percaya arwah abah dah pergi..bagaikan baru semalam aku bersama dia..bagaikan semalam baru aku menagih kasih sayangnya..bagaikan semalam aku terima belaian kasihnya... tarikh yang tak kan aku lupakan 27 September 2013 abah dijemput Ilahi...ALLAH lebih sayangkan abah.. aku redha...aku redha... cuma sedikit terkilan di akhir hayatnya dia nak sangat jumpa aku anak bongsu dia ni tapi aku hanya lewat setengah jam lebih sahaja..memang abang ngan kakak2 ku pon tak menjangka abah akan dijemput secepat itu sebab tu bagi tahu aku lambat..dan aku pula yang duduk paling jauh... nak balik Perak tu kalo normal mau 4 5 jam jugak la..dapat2 call dari kak Na pukul 6pagi dengan tak mandi siap2 terus bergerak balik rumah...tepat pukul 9 pagi aku sampai rumah..tapiiiiiiii abah dah tak da..abah dah pergi pukul 8.20pagi...tak sempat jumpe abah di akhir hayatnya...bagaikan orang yang tiada perasaan nak bercakap dan berjumpa dengan orang lain... hanya alunan ayat Al-Quran aku berikan untuk terakhir kalinya mengadap jenazah abah sehinggalah dikapankan di depan mata ini...abahhhh...cepatnya abah pergi tinggalkan kami semua....tak puas lagi orang bersama dengan abah...tapi mak, abang A semua2 tenangkan aku sedapkan hati aku ini... semoga Abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan berbahagia di sana.. tunggu orang anak bongsu abah ni jumpa di sana tau....
terlalu banyak kenangan sepanjang hidup aku ni dengan abah..masa kecik mungkin ingat2 lupa...tapi arwah abah selalu bising dekat aku time aku nk keluar rumah merayau tengah hari rembang.... masih ingat lagi suaranya "nak kemana tu.....tgh hari rembang panas2 ni nk merayau" tp sebab anak dia ni nakal, degil keluar je buat tak endah..tu pasal hitam sebab main panas hari2 time kecik dulu...heheh..mandi sungai belakang umah...abah marah sampai pegi jemput balik naik basikal tau..ya la kecik2 mandi sungai dengan kengkawan kalo lemas kang macam mana...tu la aku dulu..degil,buas,nakal...geng semua dengan lelaki je... apa nk jadi la dgn aku ni..nasib baik jadi perempuan jugak sekrang...hehehe...main gasing,wau, kayu tiga,panjat pokok semua2 la bidang lelaki suma aku hantam...mau x bising mak abah dulu... Alhamdulillah bila membesar dah kenal erti kewanitaan..heheh..thanks you Abah...thanks you Mak..
Abah lelaki yang paling hemsem dan paling baik di dunia ni yang aku kenal dan paling aku sayang..tak ade lelaki yang setanding abah bagi aku.. segalanya diberikan segalanya dituruti apa kehendak anak bongsu nya ni...tapi cuma pantangnya jangan melawan cakap dia kalo dia kata A..means A la...not B or else... terkadang diri ini juga jahat..membangkang apa yang abah cakap..apa yang abah kata..maafkan orang abah...bila membesar orang semakin tahu semakin mengenal erti kasih sayang abah pada orang..semua yang abah larang tu semua untuk kebaikkan orang... ingat lagi masa orang keliru sama ada nak terima tawaran kerja pertama selepas sehari tamat praktikal tu atau tak...sebab fikiran orang nak berehat jap lepas bis belajar..tapi abah dengan mak kata pergi je la inteview tu sebab bukan senang lepas bis belajaq terus orang panggil inteview..hati aku berbelah bahagi..tapi demi abah dan mak orang pergi jugak walopon orang buat KL dengan Perak tu mcm sejengkal je..sehari pergi besoknya balik perak semula.. Alhamdulillah...inilah doa kedua ibu bapa yang paling mujarab sekali dan aku dapat job tu after 3 days jadi penganggur selepas bergelar pelajar.. thanks Abah...thanks Mak...thanks ALLAH...
walaupun Abah dah pergi buat selama-lamanya..orang rasa bersyukur sebab orang pernah buat abah merasa duit gaji orang walaupun orang bagi tak banyak..Alhamdulillah..even kerja yang dulu mahupon sekarang..walaupun tak dpt dibalas dengan duit yang orang bagi tp sekurang-kurangnya orang mahu berbakti untuk abah...orang nk mengenal erti susahnya nak bagi duit pada anak abah ni...tapi orang tak sedar...bila duit tak de je orang minta kat abah...bila dah kerja ni baru orang kenal erti duit erti tanggungjawab utk cari duit untuk sara diri..dan sakarang orang rasa tanggunjawab untuk sara Mak pulak abah..mak satu-satunya yang tinggal di dunia ni selepas abah...orang bertanggungjawab utk jaga mak.. itu janji orang..orang sedar..bukan saja2 tapi memang tak sengaja sebab terlalu busy dengan kerja dan susah nak balik rumah..sebulan tu kadang2 sekali je..kadang2 2 kali je...so lepas abah belikan 'suami kedua' kat aku 2 minggu sekali wajib balik..tak pon tiap minggu aku akan balik depends pada kewangan... abah pernah cakap..."kalau nak beli kereta pon tunggu lah aku balik dari Haji dulu"...anak bongsu dia ni tak kata apa2 pon just ikot je sebab duitnya pon tak de kalo nak beli terburu2...waktu abah cakap ni seingat aku selepas dia balik umrah dulu bulan 3 tahun 2013..sebab dia tahu tahun ni dia dapat pergi haji so.. tapi mungkin perubahan sikap manusia bila tahu dirinya akan dijemput Ilahi kan.. call mak and then mak cakap "abah kamu dengan abang zan dah pergi tengok kereta kt Sitiawan"... ya ALLAH..."awat tetiba ja abah p tengok kereta mak"... "abah nk beli kat kamu la tu"...gullppss....seronok bercampur sedih sebenarnya..kasih seorang abah pada anaknya.. segala urusan berkaitan dengan kereta abah dgn abang ipar yang uruskan...aku hanya berurusan dengan salesman tu mengenai slip gaji, salinan IC salinan lesen untuk permohonan loan bank..semua urusan cuma melalui email je dengan salesman tu...yang berkaitan semua abah uruskan... cuma 1 hari tu je aku kena balik untuk sign agreement...ambik kereta pon abah dengan abang A dengan abng Zan...abah mesti ikot kalo kemana pon..itulah abah yang terlalu semangat untuk belikan kereta..tapi aku tak sedar masa tu sebenarnya dia dah mula berubah sikap kan...dia sediakan semua kelengkapan untuk anak bongsu dia ni..mungkin dia tahu anak bongsu dia ni masih perlu diberikan perhatian untuk terakhir kali dalam hidupnya..dia jugak sokong aku terima tawaran kerja yang baru walopon lari dari bidang yang aku study kt UKM dulu sebab mungkin dia tahu itu yang terbaik untuk aku kalo dia tak ada.. ya ALLAH...memang benar...2 bulan lebih aku kerja dia pon meninggalkan aku dan keluarga untuk selama-lamanya... Al-Fatihah untuk abah...kak Ya pon ada kata yang abah pernah bagi tahu dia "aku belikan kereta kt wa ni pon nanti senang kalo apa2 jadi dia senang nak balik rumah"....mak pon ada cerita juga yg abah cakap cam ni kat mak "belila kat dia awal2 takot nanti jadi apa-apa kat aku dia tak merasa nak pakai kereta"... Astafirullah Al-Azim...abahhhh....abahhhh.... dan itulah harta yang berharga sekali dan setiap kali naik pasti ingat abah sentiasa ada di samping aku...tiap kali ku basuh pasti aku ingat abah ada di situ..
orang akan jaga sebaik-baiknya...itulah perubahan sikap abah yang orang tahu..tapi rupa-rupanya abah dah nak pergi tu sebab abah berubah.. semoga abah bahagia di sana... In Sya ALLAH kita akan berjumpa lagi DiSana nanti..walaupon sesaat orang tak pernah lupakan abah..saat orang teringat pasti air mata ni turut mengalir...orang sentiasa sayang abah orang sentiasa doakan kebahagiaan abah di Sana.. In Sya ALLAH kita berjumpa diSana...semua tingkahlaku orang, gerak geri orang, perbuatan orang semuanya berkaitan dengan abah..di saat hati orang terluka pon abah sentiasa ada kt sisi orang...pujuk orang...sanggup 3 pagi pergi ambil orang balik kampung sebab insan lain telah melukakan hati anak abah ni...abah sanggup demi anak bongsu dia ni..dia pujuk dengan beli makanan yg sedap2 semua pebret aku untuk mak masak...tapi sedikit pon aku tak endah sebab terlalu down dengan diri sendiri masa tu... abah la semangat orang...mak la kekuatan orang...orang sayang mak...orang sayang abah...
#buat anda yang masih mempunyai seorang abah...hargailah dia sayangilah dia...kerana dialah sumber kewangan kita,sumber kekuatan kita,sumber wujudnya kita,sumber inspirasi kita dan sebagainya...layanlah dia sehabis baik untuk menjaga hati kecilnya itu kerana dia sedikit pon tidak pernah membenci anak-anaknya walaupun anaknya itu sejahat manapon kerana dia tahu itu adalah anaknya... sayangilah abah anda..sayangilah mak anda...pulanglah ke kampung untuk menjengok mereka sementara mereka masih ada...dan aku hanya tinggal mak seorang di dunia ni..itulah insan yang akan ku jaga selagi hayatnya ada... untuk abah setiap kali orang nak balik KL orang akan ziarah kubur abah dulu walaupun hanya batu nisan yang orang nampak tapi mata hati orang tahu abah dengar apa yang orang katakan...AL-FATIHAH#
takkan sesekali melupai wajahnya |
riak wajah kegembiraan yang terpancar dari wajah seorang abah dan mak...ini je anak mak yang mampu berikan untuk balas budi... |
No comments:
Post a Comment