Assalamualaikum..
Entry kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya menjadi cikgu mengajar anak-anak orang asli di Kampung Orang Asli Bukit Manchung, Bukit Beruntung. Okey moh ler dengar celoteh teman nk bercerita ni..hehhe..moh lekas.
tanggal 23 November 2013 company saya telah anjurkan program pendidikan untuk anak-anak orang asli. ape nama company saya???? namanya Standard Chartered Scope International... hah tak tahu lagi?? adoiiii.. ni bank antarabangsa punya....yang merupakan penaja utama pasukan Liverpool...ahhaha..sape peminat Liverpool?? saya?? of course not...tak minat sangat bola-bola ni... Standard Chartered telah anjurkan program ni dan staff-staff yang secara sukarela digalakkan untuk menyertai program ini.. bukan sahaja program sebegini yang sering dianjurkan oleh Standard Chartered tetapi banyak lagi program2 lain yang dianjurkan..macam sebelom ini program Marathon di Dataran Merdeka. tapi saya tak join sebab arwah abah lebih memerlukan anaknya disisi..hehhe..
Pukul 7.30pagi bergerak dari office di LYL, Petaling Jaya dan sampai di perkampungan orang asli pada pukul 9 pagi macam tu..ye la jauh jugak..lena je tido dalam bus..heheh..sampai-sampai di perkampungan tu, agihan tugasan oleh urusetia...dan saya memilih untuk mengajar bahasa melayu, matematik dan mewarna.. sebab dalam dewan tu nanti Menteri Pelajaran II akan memberi ucapan dan menjawab soalan media..hehhe...suatu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan..secara jujurnya pada mula-mula menjejakkan kaki di perkampungan itu memang hati ini rasa kekok dengan suasana tu..dengan budak2 ramai semuanya kecil2 je..lepas tu berkerumun bila aku tangkap gambar..so macam rasa takot2 macam tu... dalam setengah jam berlalu perasaan takot tu semakin berkurang tetapi semakin kagum dengan usaha mereka...sikit demi sikit aku semakin rapat dengan anak-anak orang asli ini nak mengajar mereka..antara yang rapat dengan saya budak darjah 1,2,3 dan 5.. semuanya lingkungan sekolah rendah....walaupun mereka macam dah biasa dengan tugasan sekolah tapi bila kami beri latihan untuk mereka buat, mereka lagi gigih dari anak-anak diluar sana.. serius..keinginan untuk belajar dalam hati mereka tu memang nampak sungguh tinggi.. dan terlalu kagun dengan pelajar tahun 5 ni..perempuan...bagi saya darab,bahagi semua tu di tahap 2 or 3 pon dah lepas kan..tapi dia pelajar tahun 5 masih merangkak-rangkak untuk mengira darab dan bahagi...tapiiiiiii dia tetap bersungguh-sungguh nak siapkan tugasan tu even dia tak tahu tapi dia bertanya pada kami... "cikgu yg ni macam mana??".. bayangkan dalam seminggu ada berapa hari pon dia masih berkira..tapi dia sangat2 gigih untuk belajar.. saya respek dia,... In Sya ALLAH aku doakan dia berjaya satu hari nanti........
pengalaman ni memang tiada tandingannya... 2 in 1.. pekerja bank menjadi cikgu..hehhehe.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...kanak-kanak diberikan makan KFC...kegembiraan terpancar pada riak mereka..seronok...dan sorang budak ni sgt2 comei..putih...comei sgt2..sebab aku nak pergi makan so aku bawa dia sekali pergi makan...hehhe..dalam 3 or 4 tahun rasanya tapi memang independent sgt2... dannnn..dannnnn muka saya masuk berita TV3....hehehe...sebab time tu soal jawab media oleh menteri pelajaran II..ramai media yg datang dari Astro Awani, RTM dan TV3... so mari kita lihat gambar-gambar sekitar majlis berkenaan.
No comments:
Post a Comment