yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Saturday, July 28, 2012

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

sebut namanya sahaja sudah pasti ramai yang menyangka bahawa institut ini hanyalah sebagai satu tempat penyelidikan mengenai perhutanan di Malaysia...kan??? sebab pada mulanya juga saya menyangka tempat ni hanya menjalankan penyelidikan mengenai perhutanan dan menjaga alam flora di Malaysia ini sahaja... namun tafsiran saya sungguh terpesong jauh dari landasan... al maklumlah otak saya yang tidak berkembang la katakan....hehhe..

untuk pengetahuan semua Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau lebih dikenali sebagai FRIM iaitu singkatan dari Forest Research Institute Malaysia yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur. Keindahan kawasan hutannya mengambarkan Maha Kuasa ALLAH yang tiada tandingannya. Hal ini kerana FRIM memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari  lebih lanjut tentang hutan dan pada masa yang sama bersantai di persekitaran yang tidak tercemar. Dengan menawarkan pelbagai aktiviti luar dan juga pembelajaran umum, FRIM mampu menjadi destinasi tumpuan untuk para pelancong juga pencinta alam sekitar. Selain daripada itu, FRIM boleh dijadikan tapak untuk pelbagai aktiviti seperti hari keluarga, perkhemahan, dan lain-lain lagi. Sebagai Taman Sains Hutan, FRIM mengalu-alukan kedatangan pelawat untuk melihat keindahan semulajadi. Di samping bersantai, lawatan sambil belajar boleh diatur dengan satu kumpulan seramai 20-40 orang. Lawatan ini memberi peluang untuk memahami tentang ekosistem hutan dan pelbagai fungsi pentingnya. 

Antara tempat yang boleh dilawati dalam institut ini adalah seperti Denai, Laluan Berkanopi, Air Terjun, Kawasan Berpaya, Muzium, Insectarium, Rumah Tradisional, Pusat Pembelajaran Alam Semula Jadi dan Arboreta.

Saya juga tidak ketinggalan untuk merasai kenikmatan dan keindahan flora dan fauna di situ... apabila sampai sungguh menakjubkan dan sangat-sangat teruja kerana keindahan permandangan yang tiada tandingannya. Hal ini kerana dalam kesibukan kota raya yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi serta hiruk pikuk kenderaan yang bising masih ada lagi satu kawasan seolah-olah saya berada dikampung halaman.... pokok-pokok yang meninggi, bunyi burung-burung berkicauan, bunyi deruan air terjung yang sangat membuatkan diri ini rasa tidak sabar terjun dalam air tu..... truely memang terasa sangat-sangat aman tanpa dibelenggu dengan hiruk pikuk bandar... sangat sesuai untuk aktiviti berkeluarga, camping atau untuk mereleasekan tension masing-masing. marilah ke FRIM Kepong.

Sebelum kamu semua google-google nak tengok suasana di sana baik saya tinggalkan gambar-gambar ketika saya berkunjung ke sana..yuk semua amati keindahan suasana yang sangat mendamaikan...




















1 comment:

Fadzli Amir said...

Salam Ramadhan...
Pernah pegi sini pada tahun 1996, masa kat UiTM, memang best terutamanya canopy walk, gayattttt....