yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Thursday, March 7, 2013

Entry Terakhir

Assalamualaikum smua2 yg dikasihi sekalian...wah-wah macam berpidato la plak kan entry kali ni..hehe.. ape tajuk entry kali ni?? entry terakhir?? saya dah nk tutup blog ke?? dah tak nak melibatkan diri dalam dunia blog ke?? 
agak-agak korang ape yer?? dah dapat jawapan?? masih ade yg tertanya-tanya lagi?? hah cepat sape dapat jawab saya bagi seposan...(seposen je yg mampu bagi)..hehe..mesti korang kata "kedekut betol tuan pnya blog ni kan"..heheh.. saya nk tutup blog??saya nk update entry terakhir??saya xnk libatkan diri dlm dunia blog dah?? eh itu semua bukanlah..setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia blog ni rasanya landasan ini menjadi contengan hidup saya dan sebahagian dari hidup saya dah walopon blog saya xramai pengunjung mcm blogger2 terkenal yg lain..by the way ALHAMDULILLAH sekurangnya inilah yg memberi dan mengimbau kenangan manis mahupun pahit..bersesuaian dengan tema blog saya iaitu ONAK DURI KEHIDUPAN..hehe..
eh mesti korang semua sudah tertanya-tanya kenapa tajuk entry kali ni adalah "entry terakhir".. sebabnya inilah entry yg terakhir akan ku coretkan kisah gelapku kisah deritaku setelah 4 tahun mengharunginya tanpa ku sedari..kannnnn....mungkin juga korang tertanya-tanya dimanakah perkataan "penarang jantungku" dalam blog ni yg selalu ku coretkan...starting 15 Jan 2013 the name "penarang jantungku" is not exist again in my blog..remember that okey.. kalo ade entry2 yg masih tertulis or ade something wrong about my entry tu tlg la bgtau saya okey..sbb saya mahu perkataan itu lenyap dibawa arus yg tak mungkin berpatah balik dalam setiap entry ini..
saya redha tapi masih rasa hati ni terkilan seribu kali terkilannya..sebabnya orang sekelilingnya mahupon sesiaapa yg berkaitan dengannya tidak pernah memberitahu perkara sebenar..setelah 4 tahun barulah seorang insan yg tidak mahu melihat aku tertipu,teraniaya dan terpedaya telah memberitahuku...gedebooookkkk jatuh jantung, pankreas,ginjal semuanya... ASTAFIRULLAHALAZIMMMM...hanya ALLAH sahaja yg tahu perasaan dan gelora dijiwa ini,,sungguh...sangat2 terkilan dengan orang sekelilingnya itu xpernah nk bgtahu walaupun sudah berabad lamanya mereka tahu...apa salah saya??apa saya dah buat pada korang semua shingga sanggup buat kt saya mcm ni??berdosakah saya pada kamu semua?? itulah penyesalan yg sedikit sebanyak mencorek2 hatiku...namun, ku maafkan mereka...mungkin kerana kesepitan antara 2 pihak..tapi WALLAHHUALAM la...ALLAH tu Maha Kuasa kan...
4 tahun lalui bersama..namun itu semua penipuan yg teramat besar bagiku...bagi mak abah saya..bagi abang saya..bagi kakak saya...kenapa perlu melibatkan mak abah saya??..kakak abang saya??knp perlu menabur janji-janji manis yg semuanya sia2 sahaja...knp perlu memberikan harapan padaku dan pada familyku..kenapa perlu mempergunakanku...knpa aku yg menjadi mangsanya??knp???knp?? berdosakah aku pada kamu sehingga aku dijadikan mangsa itu..4 tahun yg hanya perbuatan lagha sahaja..menunggu,menanti,mengharap pada org yg salah hanya semata2 utk kepuasan hidupnya didunia sahaja... Ya ALLAH..besar sungguh ujianMU ini..mak abah saya??? of course la turut kecewa apabila diperlakukan sebegitu...ditambah pula melihat anak bongsunya ini bagaikan hilang arah tujuan pada ketika itu...Ya ALLAH berdosanya ku rasakan melihat wajah mak dan abahku turut kecewa..walopon semangat yg ditunjukkan utk aku utk membangkitkan semangat ku itu namun hati kecilku turut merasa hati mereka turut terguris..apatah lagi aku yg ditatang bagaikan minyak yg penuh ketika itu tapi tak bermaya,lemah longlai... Ya ALLAH..ampunkan dosa anakmu ini mak abah kerana membuatkan hatimu turut tersentuh kerana kekecewaanku ini..kekecewaan yg disebabkan oleh insan yg tiada perasaan belas kasihan dan berfikiran waras...yg sanggup menghancurkan hati mereka-mereka yg tidak pernah melakukan segelumit dosa pon padanya malahan ditatang yg tertinggi lagi... walaupun sukar utk menerima dugaan ini tapi sesukar manapun itulah yg harus saya perjuangkan demi masa depanku dan jua mahu melihat riak kegembiraan diwajah kedua ibu bapa ku apabila melihat diriku ceria,gembira,seramah dulu...bukannya seperti anak yg sugul,pendiam,menggurungkan diri dlm bilik,sedih dan kecewa mcm ketika dulu lagi... IN SYAA ALLAH..ku lakukan demi MAK dan ABAH yg sgt2 orang sayang ni...luka yg bagai ditusuk oleh pedang panjang itu tak mungkin mudah untuk diubati..lukanya yg teramat dalam sehingga menembusi ke belakangnya... YA ALLAH..sesungguhnya mengampunkan itu teramat mulia disisiMU..tapi..terlalu sukar untuk ku ungkapkan kata maaf itu YA ALLAH.. ku harap biarlah masa yg menjadi penentunya...4 tahun pedang yg ditusuk itu terlalu perik ku rasakan seperti dilapah disiat isinya.. hati pon sudah serik untuk kesekian kalinya lagi...trauma itu masih difikiran..utk mempercayai seseorang itu sungguh terlalu sukar bg ku...utk menyerahkan hati ini lagi pon terasa serik...utk menagih harapan pon tersangat perit rasanya... dapat ku rasakan inilah cara terbaik utk selama-lamanya.. In Syaa ALLAH andai ALLAH buka kan pintu hati ini utk merima insan lain dan bukanlah sebagai kekasih lagi tetapi biarlah sebagai suami dunia akhiratku..trauma?? of course la trauma kerana pertama kali terlalu menyanyagi seseorang sehingga lalai bahawa dia bukanlah milikku sebenarnya kerana aku terlalu menyerahkan cinta ini sehingga diambil kesempatan terhadap kesetiaan ini.. benar kata ALLAH.. ALLAH berikan orang yg salah dahulu dan barulah DIA memberi orang yg benar2 diciptakan untukku.. 
biarlah ku membawa diri yg sendiri untuk seketika sehingga terubat hati yg lara ini...buat seorang insan yg bergelar wanita itu ku ucapkan semoga berbahagia sepanjang hayat...awak terlalu dan sangat-sangat baik yang tak terhingga dapat ku katakan padamu..sepanjang perkenalanku awak sangat2 mulia hatinya.. In Syaa ALLAH teman yg seketika perkenalan ini sentiasa mendoakan kebahagianmu.. ku jua berharap agar sinar kebahagian untukku terserlah suatu masa nanti. dan untuk penkecewa hati ini biarlah masa itu penentu segalanya utk ungkapkan kemaafan itu.. ALLAH itu Maha Kuasa..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua..itulah peribahasa orang Melayu yg tidak pernah salah perumpamaannya dengan kehidupan manusia ni..
disebabkan ini entry yg terakhir ku coretkan utk kisah manis dan pahitku mengenai perkara ini...ianya terlalu panjang..panjang ke?? rasa pendek je kan??hehhe.... air mata kadang kala bercucuran laju turun ke pipi bila mengenangkan penipuan dan dosa2 diri ini yg terlalu byk..kadang kala juga terasa air mata kering utk mengalir keluar... kecekalan,semangat diri itu harus ku genggam utk masa depan ku jua... dugaan ini lebih mendekatkan ku pada PENCIPTANYA... Alhamdulillah..doa insan teraniaya akan terus sampai kelangit sehingga membuatkan diri ini cekal dan tabah dengan semua ini..kerana ku yakinni ALLAH sentiasa ada disisiku..dialah tempat untuk aku memohon,meminta,merayu dan sebagainya kerana DIA Maha Kuasa...

p/s: penderitaan jiwa ini sungguh mengajarku erti kekuatan dan keyakinan...jangan terlalu mudah untuk mempercayai seseorang itu walaupun luarannya adalah manusia tetapi di dalamnya tersirat dan tersurat perbagai keadaan sama ada baik ataupun jahat...disebabkan itu lebih baik dirasakan untuk dicintai daripada mencintai.. prinsip baru utk hidupku hari ini,esok dan hari2 yg mendatang..pengajaran ini sungguh bermakna bagi diriku dan terasa diri ini terlalu kecil dan hina di sisi ALLAH...maaflah entry yg amat menyedihkan dalam hidup ini kucoretkan utk pengajaran buat anak-anak sedaraku,bakal anak2 ku nanti dan kawan2 yg lain...lebih baik dicintai daripada mencintai...selepas ini kamu semua tidak akan melihat entry2 yg beremosi perasaan seperti ini lagi..inilah entry terakhir ku...entry utk perkara ni je...heheheh....next entry tunggu lagi 2 or 3 minggu yer..setelah selesai semua urusan..In Syaa ALLAH.. Assalamualaikum.....

No comments: