Assalamualaikum...
korang semua apa khabar??sihat?? Alhamdulillah kalau sihat..kalau tak sihat pergi jumpa doktor tak pon pergi makan ubat ja..hehhe... entry kali ni agak menyentuh jiwa ini..hanya pada ALLAH tempat mengadu dan tetiba mahu juga nk melepaskan dalam blog ini..heheh..terimalah seadanya kepada yang membaca yer...
disaat kegembiraan dikecapi suatu ketika dahulu merasakan diri ini terlalu bahagia tak terkata sehingga lupa leka akan kesedihan yang pasti akan berlaku dalam diri ini... itulah AKU... yess!! aku mmg mengaku apa yang aku rasa itu diri aku...bak pepatah kata hidup kita ni ibarat roda terkadang di atas dan terkadang dibawah...itulah lumrah kehidupan manusia..setujukan apa yang aku perkatakan ini.. bertahun lamanya aku sangat bahagia.bahagia kerana ada yang mengambil berat diri ini dan terasa diri sangat dihargai sehingga tertutup segala kekurangan dalam diri itu yang tak pernah aku endahkan... lihatlah manusia yang jahil seperti diri aku ini..terlalu mempercayai sehingga ditipu sebegitu sahaja.. YA ALLAH apa salahku,apa dosaku sehingga orang menganiayai aku sebegini rupa...apa dosaku pada dia,pernahkah aku mengganggu keluarga dia...pernahkah aku menghancurkan hidup dia.... Astafirullahalazimm... semoga Allah membuka pintu hatinya dan mengampuni juga dosa-dosaku ini...sesungguhnya insan yang teraniaya itu doanya terus kepada ALLAH.. semoga ALLAH memakbulkan doa-doaku..
kejatuhan itu, memang melemahkan jiwa ini sehingga diri ini terlalu kerdil terlalu longlai utk bangun semula...yaaa itulah aku yang pernah pasrah akan kejadian itu..seminggu makan pakai aku diuruskan oleh mak..kerja?? semestinya ponteng sbb dh ade kat kampung utk menimba semangat dari family..semangat itu ku genggam sedikit demi sedikit walaupun kadang kala masih terjatuh untuk cuba bangunkan diri... ku hanya berserah pada ALLAH untuk diri ku ini dan ku berusaha utk lebih bersmangat.. sebulan...dua bulan...tiga bulan....empat bulan....dan seterus-seterusnya....sebulan pertama adalah terlalu perit untuk diterima dan masuk dua bulan sedikit sebanyak aku sudah menerima kenyataan itu walaupun kadang kala masih perit.. namun ku sematkan dalam hati sesukar manapun dugaan ALLAH yang diberikan kita harus melaluinya kerana ALLAH tahu kemampuan kita untuk harungi dugaan itu... indah sungguh qada dan qadar yang ALLAH tetapkan pada aku ini...untuk mengharunginya dalam beberapa bulan ini pelbagai cara ku laksanakan untuk cekalkan hati dan kukuhkan semangat ini...antaranya melihat Kota Suci ALLAH,,melancong..buat kajian...bace buku-buku yang membina diri.. ALHAMDULILLAH... ALLAH makbulkan doa insan teraniaya ini...walopon fizikalnya nampak sungguh cekal dan tabah namun disebalik itu masih ada ruang-ruang kesedihan dan kekecewaan dalam dirinya.. walaubagaimanapun rasa itu aku cuba untuk melawannya dengan mendekati dengan Allah lagi..tiap kali ku rasakan perasaan itu dengan cepat-cepat ku memohon doa agar dihindarkan rasa itu dan melupakannya..terkadang sekali sekala ianya akan muncul...ku mohon agar aku melupakan segalanya itu dan tak mungkin akan aku ingatinya lagi..mahu sahaja aku membuang memeori berkaitan tiu...
dan sekarang mungkin aku yang dulu berbeza dengan aku yang sekarang...tak salahkan brubah untuk kebaikan dan lebih baik untuk mendekati ALLAH dari sebelum-sebelum ini.. tingkatkan iman dan taqwa dalam diri ini untuk kebahagiaan diri sendiri dan juga keluarga.. Alhamdulillah dan In Syaa ALLAH aku akan kekal tabah dan cekal dalam semua ini.. sejak kebelakangan ini juga aku merasakan terlalu murah rezeki..hati kecilku juga turut mengiakan yang rezeki yang ALLAH kurniakan ini terasa terlalu melimpah ruah untukku.. ALHAMDULILLAH... rezeki, jodoh, ajal maut, ketentuan semuanya di tangan ALLAH... dan mungkin inilah hikmah disebalik kesedihan dan kejatuhan itu... tempahan baju semakin ramai yang tempah,,, tempahan tulisan khat juga semakin meningkat.. ALHAMDULILLAH... semoga rezeki ini sentiasa dikurniakan ALLAH untukku daalam meneruskan kehidupanku ini.. ku hanya berserah pada ALLAH dan akan aku berusaha dengan lebihh gigih dalam memperolehi keredhaanMU ya ALLAH... dan inilah salah satu HIKMAHNYA yang dikurniakan oleh ALLAH....Aminnn....
No comments:
Post a Comment