yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Monday, March 10, 2014

Pulanglah MH370

Assalamualaikum semua..apa khabar agaknya... In Sya Allah sihat la hendaknya yer...agar sentiasa di bawah perlindunganNYA... agak sayu entry ni untuk diperbicarakan tapi hati berterus-terusan mendesak jari jemari ini untuk meluahkan rasa yang terpendam ni...seperti yang kita tahu baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH370..sungguh terkejut!!sungguh hiba!! sungguh tak keruan!! Ya Allah...hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan keluarga penumpang,anak2 kapal, pilot MH370.. sungguh!! walaupun tiada kenalan dalam pesawat tu tapi hati kecil aku turut merasakan terlalu hiba dengan berita ini.

Sabtu 8 Mac 2014 ( 9.00 pagi )..tanpa tahu apa2 berita mengenai kehilangan MH370...dalam group whatapps aku mengajak kwn2 pegi bekelah tapi sorang ni cakap "tak nak pergi sbb nak cari MAS yang hilang" pas tu lagi sorang pon cakap "nak cari MAS yg hilang"...ku sangkakan mereka hanya main2 je sbb sorang kawan ni kerja kat KLIA..ingatkan cuma gurauan mereka..tapi bila kawan lagi sorang mencelah bagi tahu berita MH370 hilang dari radar tiba2 terus menyusuk hati..terus search sumber2 yg dipercayai.... ku sangkakan gurauan tapi itu adalah kejadian benar.. Ya ALLAH Kau selamatkan mereka...terus hati berkata sebegitu... setiap masa hanya tunggu update terkini dari pihak yang bertanggungjawab...buka n baca juga media-media sosial facebook....pada masa yang sama ada juga wartawan-wartawan tak bertauliah mengupdate info-info yang palsu dan macam-macam andaian diperkatakan.. 

Niat mereka mungkin untuk membantu tapi kalo sekadar copy n paste dari sumber2 yg belum pasti kesahihannya lebih baik update "doakan untuk MH370" "pray for MH370"... tak salah menyalurkan info tapi sebelom copy n paste tu pastikan sumber itu ada sahihnya bukan bace je terus pecaya benda tu... contohnya 1 info ni katanya "MH370 dah selamat mendarat di Beijing".. huhhhh bikin sakit hati jah dgn berita2 palsu mcm ni...perkara yang melibatkan nyawa ramai manusia jangan dibuat main-main..walaupun mereka tiada hubungan dengan kita tapi mereka manusia seperti kita...dan yang beragama Islam itu adalah saudara kita... apa perasaan keluarga mereka jika dengar berita-berita palsu ni nanti..wahai yang mahu bergelar 'wartawan tak bertauliah'...sebelum mengupdate sesuatu tu fikirlah perasaan dan hati keluarga mereka yang terlibat..saudara mara yang terlibat..jujurnya saya sendiri terkesan dengan berita kehilangan MH370 ni apatah lagi ahli keluarga mereka... semoga ahli keluarga penumpang dan anak2 kapal sentiasa tabah dalam menghadapi ujian Allah ini..kerana Dia lah mengetahui segala-galanya...

Buat semua ahli keluarga penumpang dan anak2 kapal MH370...berdoalah dengan cara masing-masing tak kira yang beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya... yang beragama Islam berdoalah kepada ALLAH kerana Dia tahu apa yang tersurat dan tersirat..Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya..berdoa..berdoa...berdoalah semua... berdoalah agar MH370 ditemui.. hati sentiasa berfikir akan kekuasaan ALLAH..bila ALLAH berkata 'Kun Faya Kun'.... maka terjadilah itu...terjadilah ini.. kekuasaan Allah yang tiada tandinganNya..percayalah..percayalah...kuatkan iman dihati bahawa kekuasaan Allah itu mampu membuatkan apa jua keadaan sekali pon... Allah sedang menguji hambaNya..Allah sedang menguji hambaNya..yakinlah akan ada keajaiban suatu hari nanti.. Allahu Akbar...

Aku tak pandai berkata-kata tapi ini luahan hati bila baca statment2 dalam media sosial mengatakan itu mengatakan ini...gambar kapal2 bantuan untuk menyelamat tapi diperlekehkan "kenapa kapal selam tak turun tolong??...owhhh kapal selam Malaysia tak boleh selam..".... Astafirullah al azimmm.. dalam keadaan serius macam ni yang melibatkan nyawa manusia pon boleh dipermainkan...kemana sikap kemanusiaan kita dalam diri???bukan isu kapal selam yg kecoh diperkatakan sekarang TAPI nyawa-nyawa PENUMPANG MH370 dan ANAK2 KAPAL.. please la yg nak komen pon jagalah tutur bicara..kita ni manusia yg mempunyai akal untuk berfikir..please kawan-kawan kita kan orang yang baik2....kita kan nak menjadi lebih baik... setiap kata-kata mungkin akan terguris perasaan ahli keluarga penumpang dan anak2 kapal MH370..dalam keadaan berkecamuk ni kita perlu kuatkan semnagat ahli2 keluarga untuk menghadapi ujian Allah ini.. Hasbunallah wa niqmal waqeel...

Ya Allah Kau berikanlah petunjuk dimanakah MH370 sekrang..selamatkanlah penumpang2nya ya ALLAH..sungguh kekuasaanMU tiada tandingannya..pulanglah MH370...kami menanti di sini dengan penuh harapan..kami menanti berita di mana mu berada...hanya MU sahaja mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di sebalik kejadian ini... semoga semuanya dalam keadaan selamat.. In Sya Allah..yakinlah..yakinlah... Kau tenangkan hati ahli2 keluarga penumpang dan anak2 kapal MH370 ini kerana mereka insan terpilih Mu untuk ujian ini kerana setiap yang Kau titipkan untuk hambaMu ada hikmah disebaliknya.. ya Allah tenangkan hati mereka dan berikanlah keajaiban untuk MH370... semoga semuanya selamat... Aminnnnnnn....





No comments: