Assalamualaikum..apa khabar agaknya blog ni yer...dah bersawang rasanya...dah lama tak mengabdikan diri dengan menulis entry2 terbaru..masa itu terlalu singkat untuk melakukan semua kerja...busy..busy..busy...itulah yang boleh aku katakan...tak bermaksud busy didunia kita lupakan busy di akhirat nanti... tanggungjawab dan amanah Allah harus dilaksanakan jua walau bagaimana keadaan sekali pun.. ingat yer kengkawan...tanggungjawab dan amanah Allah itu lari besar walau sesibuk manapun kita.
Rindu? itu satu perasaan yang dikurniakan Allah kepada setiap insan..yaaaaaa itulah perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...sukar diperincikan bagaimana rasa itu.. kerana dengan rasa rindu itu Allah mahu kita mengingati insan yang kita sayangi..rindu itu juga bukan sesama manusia tetapi juga rindu akan pengabdian kepada Allah...rindukan akan Rasulullah...rindukan mak dan abah, rindukan adik beradik, rindukan sahabat handal..rindukan segala-galanya..itulah rindu...
Air mata ini tanpa diminta tanpa dipaksa pasti akan mengalir bila terkenangkan seorang lelaki yang tiada tandingannya dalam hati ini pergi buat selama-lamanya..perginya tanpa diduga perginya yang terlalu cepat...masih tidak puas lagi hati ni bermanja-manja dan menagih kasih sayang.. sungguh Allah sayangkan abah..27 september 2013...umur abah 63 tahun..abah pergi meninggalkan kami 6 beradik..abah pergi meninggalkan mak.. kami redha kerana Allah terlalu sayangkan abah..abah insan terpilih oleh Allah pergi pada pagi Jumaat 8.30 pagi..hari yang penuh barakah yang dikatakan tiada azab kubur barangsiapa yang meninggal pada hari jumaat... SubhanaAllah..mulianya abah kerana Allah pilih abah..akan satu saat bila terkenangkan abah air mata mengalir tiba-tiba...tiap kali teirngatkan abah tak kan lekang dibibir Al-Fatihah dan doa dari anak bongsu abah di dunia ni... semoga abah tenang dan bahagia di alam sana... sungguh hati orang ni terlalu rindukan suara abah,rindukan salam abah, rindukan peluk cium abah, rindukan pesan-pesan abah..sebab abah seorang ayah yang tak pernah membebel kecuali ada sesuatu yang dia tak suka yang dia larang tapi buat jugak.. baiknya abah..
anak bongsu abah ni dah kerja sekarang...dah ada tanggunjawab nk jaga mak..kalo dulu masa orang belajar kt UKM tak da duit nak topup nak makan abah dengan mak tempat orang mengadu domba..tapi sekarang Alhamdulillah..orang dah cukup untuk galas diri orang sendiri dengan diri mak... mak adalah amanah abah..orang janji orang akan jaga dia hingga akhir hayat dia..cuma orang mohon semoga Allah panjangkan umur dia sampai orang kahwin sampai ada anak cucu..sampai ada seorang suami yang dapat galas tanggungjawab kat orang pulak.. in sya Allah.. namun, andai Allah takdirkan jodoh orang di dunia ni dah mati orang mohon agar Allah temukan jodoh orang di akhirat kelak..orang cuma risaukan bila mak memikirkan jodoh orang...masa depan orang... in sya Allah abah..in sya Allah mak... orang boleh jaga diri orang sekarang...Allah kan sentiasa ada bersama orang...bersama insan2 yang terniaya...Allah selalu bersama dengan insan yang sentiasa mengingatiNya sepanjang masa.. abahhhh...semoga Abah tenang dan bahagia disana di samping orang-orang yang soleh..orang berdoa agar orang dapat bertemu abah di Sana nanti kerana orang tersangat-sangat rindu akan abah..rindukan peluk cium abah... buat mak..orang sentiasa mendoakan agar mak panjang umur dan dapat lihat anak bongsu mak abah ni seperti yang abah doakan dulu... mak amanah orang...mak tanggungjawab orang...... in sya Allah semua harapan yang mak nak tu orang akan laksanakan dengan doa dari mak jugak...
#buat mereka yang masih ada seorang abah,ayah,daddy,papa,abi or ape2 je la kan..sayangi dia sebelum Allah lebih menyanyanginya..sebelom terlambat mengucapka kasih sayang kepada dia... buat mak jugak jangan dilupakan kerana merekalah tunggak kepada kita..tiada mereka tiadalah kita sekrang.. Al-Fatihah untuk arwah abah..orang sentiasa merindui abah setiap masa...
terpancar wajah gembiranya..abah yang paling hemsem kan..pakai baju batik yang anak abah ni beli..abah yg paling hemsemmmmmmmmmmmmmmm |
No comments:
Post a Comment