yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Tuesday, June 28, 2011

puding karamel

assalamualaikum...ehmmm sihat ke...atew sihat ler hendaknya....ari ni....dgn ini sy ingin mengumumkan....hari ini adalah hari rajin sy...heheh..entah tibe2 je aku rajin ari ni....dah lama dah aku godek2 en. google ni nk cari cam ne wat puding karamel...bahannya senang je..tu yg try tu....pas masak makan tgh ari mulalah aktiviti aku menjadi chef sementara utk masak puding karamel...walopon percubaan petama ni..heheh...risau gak kalo2 x jadi..tp akhirnya jd jugak...kikiki

ni la hasil yg dpt aku wat...kiki...percubaan pertama
 nmpak sedap x??




mari kite terjah bahan-bahanya:-

bahan A
-gula 6 sudu besar
-air 3 sudu besar

bahan B
-telur 5 biji
-susu pekat 1 tin
-air 200ml
-aisen vanila (suka ati nk taruk byk mana nk bg hilang bau telur tu je)
-1 sudu besartepung jagung ( taruk pon leh x taruk pon xpe)

cara-caranya:
- masukkan gula ke dalam kuali terlebih dahulu n goreng sehingga kekuningan dengan mengunakan api yg kecil, agak kelihatan kuning baru masukkan air tersebut. kacau sehingga tidak berketul ( bahan A)
-apabila gula tersebut telah dihanguskan, tuangkan gula tersebut ke dalam bekas atau loyang yang telah sediakan n ratakan gula hangus tersebut.
-selepas itu, masukkan telur ke dalam bekas n pukul sehingga kuning telur itu pecah (gunakan garpu sahaja), selepas itu masukkan susu pekat dan aisen vanila. kacau sehingga rata antara susu pekat dan telur tersebut dan selepas itu barulah masukan air ke dalam bahan ini. kacau sehingga rata..( kalo nk masukan tepung jagung masukkan waktu ni)...(bahan B)
-bahan yg dipukul rata itu akan ditapis dahulu sebelum tuang ke atas gula perang yg telah beku tadi
-setelah itu, kukuslah sehingga masak.(biasanya 45 minit la)
-biar sejuk dan bolehlah telangkupkan....


~SELAMAT MENCUBA~

Monday, June 27, 2011

kempen celik jenayah

assalamualaikum sume2...sbnrnya entry ni terjadinya semalam tp baru skrg ade masa nk update..hehehe... smlm 26 jun 2011 aku ikot rombongan puteri umno..hehe..berpolitik sekejap yer....tp xsalah berpolitik yg tidak terlalu taksub kan..saje suke2 terlibatkan diri je...aku pegi sbb kakak aku ajak pegi...nama kempen ni.... kempen celik jenayah..mcm yg aku punya tjuk tu la..xkan tajuk lain aku ckp lain kan...hehehe....lokasinya kat tesco seksyen 18 ipoh....wahhh ramai giler org....bygkan 1 pergerakan puteri umno perak n then rakyat yg dtg kat tesco tu ag..sesak giler...huhu..

penceramah yg bg penerangan tentang jenayah ni semestilah org yg terkenal ngn hal2 ni kan..xkan dukun plak kan...heheh....polis??? eh bukan polis leer.....kalo polis bg ceramah kompom bosan gak...ni YG BERBAHAYA ENCIK KAMAL AFFENDI HASHIM...korang kenal x ni...dia la pengkaji dan penganalisa kes jenayah....tgk lam tv cam x smart je kan..tp habaq ang smart giler....ceramah yg dia bg pon mmg best..bukan mmg tersangat best..xkering gusi dibuatnya....yg smpai skrg aku xkan lupe ayat dia...."saya rasa memang negeri perak ni lambang kebanggaannya warna PINK kan.....awak dah kabor awk nak warna PINK" hahahhaha...tibe2 gaya ucup wilcha dia wat...yer la...nama pun puteri umno sume warna pink la kan..hah amek kau kan dah kena ngn kamal tu...hahha....

lam kempen ni...content yg aku dpt... boleh dikatakan sume jenis beg tgn merbahaya... beg jenis tali panjang tu, beg tgn yg galas kat bahu tu, beg yg pegang di tangan ala2 saloma tu....huhhh sume tu majoriti BAHAYA...pjg kalo aku nk cite ni..

beg tali panjang tu bahaya sbb bila diragut badan kita akan terikut sekali ngn peragut tu sbb tali yg kita sandang kat bahu tu menarik dgn kuat mungkin kita akan tersembab jatuh, terseret muka kat jalan, mati juga sbb tali tercekik kat leher...itu lah risikonya..

beg tgn yg galas kat bahu lak...agak selamat sbb bila nmpak org curiga kita akan kepik beg tersebut TETAPI beg ni lg bahaya sbb bila kita kepik ngn kuat mungkin peragut itu akan mengunakan kekerasan seperti menumbuk muka, terajang ataupun menggunakan senjata seperti pisau utk putuskan tali beg tersebut..bila nk putuskan tali tersebut peragut ni bukan pegi kempen budi bahasa la korg..kompom2 la suka ati je dia nk wat camne..mesti ade yg terluka n juga akan memakan nyawa manusia yg x bersalah...

beg tgn ala2 saloma lak..dikategorikan lam bahaya gak...peragut senang nk ragut..tp selalunya peragut xpikir sgt beg ni sbb selalunya beg gini cuma bubuh barang2 xberharga je..saje nk eksyen je kan...hehhe...camtu la dia kata...peragut skrg pon dah pandai pikir cam ne nk merompak...n then sal masalah rogol juga..mcm2 la lam kempen ni..by the way mmg best sgt2 kempen ni..byk pendedahan yg dapat...

perasmian kempen ni...of course la ketua puteri umno malaysia...datuk rosnah abdul rashid shirlin....lepas perasmian ade pertndingan color utk budak2.....xtawu nk tulis ape lg dah ni....tp tq sbb sudi bace...kempen ni best sgt2....sblum tu moh ler kite tgk gmbar lak..

 ni ler antaranya...ramai lg xder tu...


 ni pon.....bahagian beruas ade lam 20 orang lebih gak ler




 ni la orgnya...kamal affendi hashim...like it....





 ok..yg baju color pink terang tu..tu la datuk rosnah..ketua puteri umno malaysia


 bergambar bersama datuk rosnah n timbalannya dahulu...heheh


cara membuat perkataan bergerak (scrolling/marquee text)

Membuat perkataan yang bergerak dapat menarik minat pengunjung terhadap pergerakan tersebut seterusnya menarik minat pengunjung apa yang ingin disampaikan oleh pemilik blog. Selain dikenali sebagai scrolling text, ianya juga dikenali sebagai marquee text.
Cara Buat Perkataan Bergerak

Walaupun pergerakan ini menarik minat, tetapi tidak digalakkan untuk diletakkan terlalu banyak di dalam blog kerana dibimbangi keadaan 'menarik' bertukar 'menyerabutkan'.:)

Berikut adalah tutorial untuk membuat perkataan bergerak.
Tutorial ini akan dimulakan dengan kaedah paling asas dan juga diletakkan penambahan.

1. Kod asas untuk perkataan bergerak (dari kiri ke kanan adalah)
Contoh scrolling text

Output untuk kod ini seperti berikut:
Contoh scrolling text

2. Ubah pergerakan perkataan 
Penambahan kod berikut diperlukan dalam kod asal.
direction="left"
direction="right"
direction="up"
direction="down"



Berikut contoh kod untuk pegerakan dari kanan ke kiri
Contoh scrolling text

Output untuk kod ini adalah
Contoh scrolling text

3.Ubah warna background 
Untuk ubah background, perlu diletakkan kod berikut
bgcolor="#kod warna"

Senarai kod warna boleh didapati disini.

Contoh kod yang diletakkan background,
Contoh scrolling text

Output untuk kod ini adalah
Contoh scrolling text

4. Perkataan dalam keadaan 'anjal'
Penambahan kod berikut diperlukan ke dalam kod asal.
behavior="alternate"

contoh kod yang diletakkan trick ini.
Contoh scrolling text

Output untuk kod ini
Contoh scrolling text

5.Ubah kelajuan perkataan.
Pergerakan juga dapat diubah dengan menambah kod berikut
scrollamount="2"

Contoh kod dengan trick ini.
Contoh scrolling text

Output:
Scrollamount :2
Contoh scrolling text

Scrollamount :4
Contoh scrolling text

6. Pause apabila cursor dilalukan.
Perkataan yang bergerak juga dapat dihentikan apabila dilalukan cursor. Kebiasaannya ini untuk memudahkan pengunjung untuk membaca apa yang ingin disampaikan tanpa ganguan.

Penambahan kod yang perlu dilakukan adalah
onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()"

Contoh kod dengan trick ini.
Contoh scrolling text

output untuk trick ini.
Contoh scrolling text





p/s: entry ni khas utk my prenz linda....g la tinjau blog dia...dia yg minta suh ajarkan cara nk wat ni....
tutorial ni aku copy paste kat blog ni.....maap ek copy paste je....hehe

Thursday, June 23, 2011

jadi budak sekolah rendah jap

assalamualaikum sume2.....wah sume ceria je kan...ALhamdulillah..berkat doa sume hidup mestilah ceriakan....ari ni terasa best lak jd dak sekolah rendah...heheh...ehhh lama dah aku tinggalkan sekolah kebangsaan batu hampar tu....mau x lama..kire la...sekarang pon aku dah umur 22 tahun..mahu xlama....hehhehe...

sebenarnya kan...aku bukan pakai uniform sekolah rendah pon...hahahh....ari ni ade sukan tahunan kat sekolah rendah aku...so anak2 sedara aku ade kat sekolah tu...so aku g la tgk...sekali g teringat kenangan silam time darjah 1 smpai darjah 6 tu...heheh...teringat time aku masuk sukan kat sekolah lu....dr darjah 1-6 xpenah aku dapat umah hijau...asik umah merah,biru n kuning je...smpai la sekolah rendah xpenah dpt umah ijau...hahhaha....tu sbb hijau bukan pebret aku kot...hahahha...leh lak cam tu kan...tgk budak2 ni sukan seronok lak..tp acara x semeriah time aku lu la...tp layan je la....huhuhu

dah nk balik tu sempat la gak aku amek gambar bangunan sekolah aku yg lama...yg kelas aku guna time belajar lu...sbb skrg ni dah ade bangunan baru so bangunan yg lama x byk yg guna dah... ehmmm aku pon xtau nk coret ape dah ni..dah tepu pale sbb ngah pening pale ni...tp sbb pikir nk update blog aku gagahi jua...ape kata jom kita layan pic2 yg smpat aku amek...moh kite!!!!


ni tapak perhimpunan....pagi2 sinilah kami berkumpul..tp skrg budak2 x guna tapak ni dah...guna tpak baru lak kat bgunan baru...tu yg terbiar tu...
 ni la anak2 sedara aku 4 org ade lam barisan ni....heheh...umah ijau ngn umah biru...cari la...heheh

 ni anak sedara aku yg pra sekolah...yg kecik tu x sekolah ag...hehhe
 ni bangunan aku dr darjah dua sampai darjah 6....yg kelas bawah tu darjah 6..besttttt
 ni lak bangunan library...tp dah x guna dah..jd stor je...sbb ade bangunan baru kan...ade bangunan baru bangunan lama dibiarkan la...hehehhe
 ni kantin sekolah...hahah...tingat ag beli makanan beratur kat situ..pendek je..nampak muka je time beli makanna....hahah


Wednesday, June 22, 2011

makanan larangan bg pengantin baru

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah
menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah
dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak
bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah
berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana
baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin
perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)
tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)
membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila
kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (
70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga
sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu
dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam
rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada
memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada
minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,
mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering
dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU 
TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S." *

Sunday, June 19, 2011

FruSt Nonggeng.....huuuaaaaa...dasyaattt...

ffuuuuuuhhh.....fuhhhh...fuhhhhh......aiiikkkkk.....sreeehhhhhhh........srrruuukkkkkkk....
(berpeluh dah)...mahu nya idak....dah berhabuk dah aku punya blog ni....huhhhh....ni baru nk wat entry baru.....penat tau aku kemas bersih blog aku ni...sarang labah2 pon ade...eh bukan setakaat labah2 je anai2 pon ade da....hehhe....

Assalamualaikum kwn2...hah sihat ke...sowi r ..lama x update...bukan ape...asal nk wat entry je tibe2 idea hilang...so xyah wat la.....ni baru rasa rajin nk wat...hehheehh....ehh sy sihat je...korg cam ne...sihat gak la hendaknya...

kaciwa....pasrah...hancur lebur.....huiiiishhhh....xsmpai hati ni...kalah org putus cinta...opppsss korg ingat sy putus cinta ek....x la...masih setia..hehhe...ni sal hati gak la...sal janji tak terlaksana..impian x tercapai...wah berpujangga lak kan...ape2 pon be strong k.....ape korg rasa bila someone dah berjanji utk melakukan sesuatu or whatever la kat kamu tibe2 tak terlaksana janji itu dan janji itu berubah alih kepada org lain lak...dan terlaksanalah janji yg telah dijanjikan kepada org lain td.....waduhhhh.....yg someone mule2 td x ditunaikan janjinya itu rasa mcm mana????? MACAM MANA????? frusstttt kan...bukan saje frust...tp dah tertonggeng2 dah rasanya....huhhhhhhh...rasa nk nangis bertreller2 rasa kan.....

petah sy berbicara dlm entry ni tp masih ade terselindung bibit2 kata utk mnjaga hati org.....huhuhu....3 hari 3 mlm sy berduka...berlara...bersedih....bermerajuk..bersendirian...berkurungan....dan skrg rasanya masih ade saki baki lg kot...hehhehe...tp hari ini sedikit pulih dr hari pertama tu...THANK YOU ALLAH sbb permudahkan hidupku tanpa ada rasa tidak puas hati dan dendam kpd sesiapa....ALHAMDULILLAH...mungkin ALLAH menguji aku skrg...

dannnnn...........barulah aku tersedar...terfikir.....terkenang....akan penolakan itu memberikan seribu makna bg ku...bg menjaga hati org yg tersyg disisi selamanya di dunia dan akhirat...sekiranya aku terima mungkin masa akan dtg hati aku lg sedih lg berduka lagi berkecil dari hari ini...biarlah hati ini sakit sekarang kerana aku pasti 1 masa nanti aku akan lebih sakit kalau menerima penawaran itu....ALLHAMDULILLAH...itulah HIKMAH disebalik kejadian yg ALLAH dah tetapkan..bersyukur sgt2...walopon skrg aku benar2 sakit hati...tp sabar itu separuh drpd IMAN..dan aku sudah kecapi kesabaran itu....TQ ALLAH sekali lg...

fuhhhhhh....kalah org putus cinta wei kalo janji x ditepati...x ditunaikan...smpai aku tertonggeng2 dah sbb frust sgt...hehhe...ehmmm ape2 pon sume itu hikmah yg ALLAH berikan dan tunjukkan kpd hambanya...bersyukur dgn apa yg ada...x perlu meminta2 just berusaha utk dptkannya sendiri...i'm trust my self..if u can do it, means i can do also.....

sedikit video wat sape yg ngh sedih tu....hayatilah video ni....


and lastly...wat peninjau2 yg suke merayap kat blog sy ni..sy bg upah...upahnya..... tataplah gambarku ini walopon lobang hidungmu totap menjadi pojaan hati ku...hehheheh....see my new pic k...

cam gedik je kan pic ni...hahhaha... i like......hehhe..btw thank kat korg sume2 yg sudi bace entry kali ni....k see kat entry yg lain lak ek......tq so much.....

Saturday, June 4, 2011

tak solat, tapi berjaya....cam na tu???

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.


Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?


Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?


Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,


“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al- Quran.


Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.


Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,


“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..


Anda tenang sekarang?


Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.


Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula


ehmmm kisah ni aku petik kat FB kwn aku...ehmmm aku tertarik ngn kisah ni...apa yg diperkatakan itu sgt betol...aku sering diuji pelbagai masalah...rupanya ujian itu bermaksud ALLAH masih dekat ngn kita dan DIA sygkan kita....ehmmmm semoga mendapat kenikmatan dan rahmat atas segala ujian yg diberikan kepada kita itu....fahamilah bibit perkataan tersebut

Friday, June 3, 2011

1....2....3.....4.....

tajuk: 1..2..3..4..

Satu... kasih yg abadi 

Tiada tandingi dia yang satu 
Dua... sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga kasihnya ibu 



Tiga... lapar dan dahaga 
Rela berpayahan setianya ayah 
Empat... mudah kau ketemu 
Berhati selalu beza antara 
Kasih dan kekasih 



( korus ) 
Ibu kuingat dahulu 
Menyisir rambut ku kemas selalu 
Ayah menghantar ke sekolah 
Bergunalah ilmu bila dewasa 



Sayang dengar lagu ini 
Untuk kau sandarkan buat pedoman 
Jangan manis terus ditelan 
Pahit terus dibuang... itu bidalan 
Harus kau renungkan 


( ulang korus ) 


sgt suka lagu ni....utk mengenangkan pengorbanan kedua ibu bapa....sgt2 suka....kedengarlah lagu ini buat tatapan yg mengunjungi blog aku ni..hayati yer lirik lagu ini...sgt bermakna bg aku,,,,,,,