yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Saturday, March 31, 2012

::bila diserang migrain lagi::

semalaman aku diserang migrain lg...ehmmm dah lama kena penyakit ni tp xder la tahap kritikal sbb jarang gak la kena serang..time strees ke time bbyk fikir ke mesti la kena serang....tetibe semalam apa sebab aku diserang lg...ya ALLAH agak lama aku tak kena migrain tetibe semalam paling perit rasanya..berpeluh2 sampai aku menangis tahan sakit...ubat???huhu...dah habis....tu yg menderita tu... dari pukul 2 pagi tu aku dah rasa denyut2 dah tp so okey lagi boleh tahan....tapi menjelang pukul 3 4 pagi nahhhhhh ambik kau tak boleh tido aku....tindih ngn bantal kat kepala pon tak da effect apa....tarik2 rambut pon tak ada rasa sakit langsung...mula2 belah kiri je sakit pastu penuh 1 kepala pening...sakit bukan pening naik kereta tu tp ni pening kalo hempuk kepala kat dinding pon tak ada rasa apa....berjaga punya berjaga sampai la pukul 6.15pagi...stay tak boleh tido...bangun terus pergi solat subuh dulu..ya ALLAH time nk jalan pergi bilik mandi tu rasa mcm kepala aku ada seratus kepala....gigih juga nk ambil air smbahyang....huhu....rasa nk teriak panggil mak je time tu...lepas subuh aku tido semula...masih denyut2 sebelah kanan ni....aku tekupkan dengan bantal semua...smpai la aku tertido tak sedar pukul berapa aku tertido...sedar-sedar sudah pukul 10 pagi...ok bangun2 tu rasa kepala dah ringan sikit tapi ade rasa berpinar-pinar lagi...tp ok dari sebelum tu...dan sekarang kepala aku sakit sbb masa tak leh tahan tu aku tarik rambut aku sekuat mungkin kan...banyak rambut gugur kesan tarik tu kot....alhamdulillah dah boleh berjalan n pergi beli panadol dulu....

setelah godek2 encik google ni la hasilnya mengapa aku migrain:
Pengenalan Penyakit
-Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

Jenis-Jenis Migrain
-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain

Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ‘stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ‘serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ‘stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom

1) Migrain tanpa aura
-Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
-Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
-berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
-denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ – kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ – sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

1 comment:

Anonymous said...

teruk jugak serangan migrain ni rupanya... mmg xdak cara ka nak sembuhkan migrain ni.. sabaq na kak wa..