yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Thursday, December 15, 2011

kiamat 2012 : sejauhmanakah kebenarannya



sebut saja kiamat...sudah pastinya semua orang takot...sbbnya memikirkan dosa yang byk dilakukan manakala amal ibadat yg kurang dilakukan....ASTAFIRULLAH.....bukan orang lain sahaja tp diriku yg kerdil ini juga berasa gerun bila menyebut kata kiamat....tertanya2 bilakah kiamat itu....besokkah??lusakah??tulatkah? or bila2 sahaja akan berlaku..itu semua kuasa ALLAH sahaja yg tau bla kiamat itu akan berlaku....

hari ini mahu berkongsi cerita pasal kiamat yg akan berlaku pada tahun 2012 seperti yang digembar gemburkan oleh msyrakat sekeliling...seolah2 menyatakan bhawa tahun 2012 semua planet akan berada dalam 1 paksi yg sama...jika berada dalam 1 paksi yg sama ini bermaksud dunia akan runtuh kerana paksi yg tidak stabil...itu lah cerita yg semakin menular di sekeliling kita sekarang...cerita 2012 yang difilemkan arahan Bart itu pon  mempengaruhi pemikiran manusia...ok back to the main point...kita xboleh percaya bahawa kiamat itu akan berlaku pada tahun 2012..siapa mereka itu yg mengatakan sedemikian sedangkan Nabi sendiri pon tidak tahu bilakah kiamat itu berlaku melainkan mereka mengambarkan melalui tanda2 kecil dan besar bahawa kiamat itu akan tibe....hanya ALLAH shj yg tawu bilah kiamat itu akan berlaku...

baru-baru ini aku ade menghadiri sebuah forum anjuran pihak PMUKM..yg bertajuk kiamat 2012:sejauhmanakah kebenarannya... moderatornya ustaz fauzi al-kuliyah tu...n then ahli panel dia Tuan Khalid Yahaya (penulis buku Konpirasi Galaktik 2012) dan Ustaz Muhammad Asyaari Abdul Rahman (motivator)....ok meme mulany aku meme nk g...tp xtawu x pasti dpt g ke x...sbbnya xder kwn nk g n tkot g sorang2...hahah....tp tibe2 mlm tu pejoi mesej x pegi dectar ke mlm ni.....ok set terus ade geng nk pegi..hahha..sbb tajuk dia meme menarik sgt....bermulalah forum itu...dah setelah habis forum tu i get the more information....SUBHANALLAH....ok truly sememangnya sebut sal kiamat 2012 aku sedikit takot...tertanya2 adakah semua tu benar....tp skrg aku dah kuat..iman aku dah teguh...semua itu propaganda orang yahudi yang selama ini sememangnya bencikan org Islam dan mahu runtuhkan iman orang Islam itu sendiri...... ok marilah sy kongsikan ape yg saya dapat time forum tu....buat sesepa yg takotkan hal yg berkaitan akhirat 2012 ni...mari bace ni dulu...mari kuatkan iman anda dengan apa yg sy mahu kongsikan ini..

bermulanya konspirasi akhirat akan berlaku pada tahun 2012 ini adalah bermulanya sebelum nabi Isa lagi..iaiti 1 kaum yg sangat pandai mengira matematik..mereka mengira hari yg genap beberapa ribu tahun sbg titik tgh sehingga mendapat hari 20 december 2012 sbg tarikh kiamat akan melanda...kaum ini dikenali sebagai KAUM MAYA...(utk pengetahuan lebih lnjut sal kaum maya ni sila bace buku konspirasi galaktik 2012)...  selain daripada itu, filem 2012 yg ditayangkan itu juga adalah satu cara yahudi utk mempengaruhi pemikiran orang Islam bahawa kiamat berlaku sebegitu dan sebegini rupa....utk para ulama dan yg tinggi imannya sudah pastinya tidak tergugat tetapi buat kanak2 n buat yg imannya senipis bawang tu mcm mana pulak kan....oleh itu semua yang berkaitan dengan kiamat 2012 adalah 1 propaganda org yahudi/barat utk jatuhkan umat islam...apabila umat  islam berada dalam keadaan ketakutan mereka dengan mudah akan mempengaruhi pemmikiran org Islam in...fikir2 kan dan renungkan lah....

manusia masa kini juga sering kali terpengaruh dgn 'numbering'....dpt kita lihat tsunami yg berlaku di jepun itu juga dilihat dari segi number iaitu tarikh kejadian itu dikaitkan dengan bilangan surah AL-Quran... pastikah betul??sekiranya tsunami itu berlaku bukan tarikh berkenaan pula adakah ianya dikaitkan dgn bilangan surah itu juga....ASTAFIRULLAH...mentaliti msyarakat yg mudah dipengaruhi dgn number dan sebagainya... ade 1 cerita yg sy masih ingat time forum tu..."smpai ade seorang tu mahu berkahwen pada tahun 2012 tetapi di percepatkan tarikhnya kerana takut kiamat akan terjadi"...see kan.....mentaliti msyrakat yg terlalu percaya semua ini.....tetapi tidak mahu mengkaji dahulu apakah ia betul..dari mana sumbernya dan adakah ianya fakta yg tertulis dalam AL-Quran...

"believe" "numbering" "mind set"

3 bende ni lah yg sering mempengaruhi pemikiran manusia..pantang kata apa2...pasti sudah percaya tanpa melakukan usul periksa...manusia2...kerdilnya kamu....sedangkan kita telah diketawakan oleh orang yahudi di luar sana....untuk kuatkan iman kita marilah kita memahami dan menghafal Surah al-Khafi 10 ayat yg pertama...INSYAALLAH...kita akan dijauhkan segala fitnah dan kejahatan dari orang lain....dlm surah ini juga ada diterangkan mengenai akhirat itu...

mahu juga didebatkan di sini..sekiranya tahun 2012 itu adalah tahun kiamat...mana NABI ISA yg telah turun 7 tahun...utk pengetahuan smua..NABI ISA akan turun ke bumi selama 7 tahun utk membunuh dajjal....kita dapat lihat disini NABI ISA belum lg turun ke bumi bagaimana mereka mengatakan tahun 2012 sebagai tarikh kiamat.....sy bukan mahu menidakkan hari kiamat itu....kita tak tahu bilanya akan terjadi....hanya ALLAH shj yg tau....so jgn pandai2 mengadakan provokasi mengatakan tarikh berkenaan sbg tarikh kiamat.... fahami semua nya seperti yg telah tertulis dalam kitab agung kita iaitu AL-QURAN....dalam kitab itu semuanya sudah diceritakan...disebabkan kita tidak tahu apa maksudnya itu jadi kita tidak memahami segalanya...

marilah kita kuatkan iman kita supaya ianya tidak ditertawakan oleh orang yahudi ini...kuatkan iman kita dengan sebaik-baiknya...percayalah RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM itu...semuanya adalah kekautan umat islam di dunia ini....

No comments: