yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Saturday, January 26, 2013

Osteoporosis

Assalamualaikum semua-semua blogger same ada yang stalker or yang komen-komen tu...hehe.... kamu semua sihat?? tuan empunya blog ni kurang sihat sikit tapi masih boleh bernafas lagi...hehe.. 
 ok kali ni saya nak kongsikan mengenai OSTEOPOROSIS...
tahu tak osteoporosis tu apa dia?? aissshhh kamu ni itu pon tak tahu ke? ianya juga dikenali sebagai TULANG REPUT ataupun TULANG RAPUH... mesti korang tertanya-tanya kan kenapa tetibe saya buat isu kesihatan kan...hehe..sebabnya saya mengalami masalah ini...baru seminggu yang lepas saya mengetahui yang saya menghidap penyakit ni... ya ALLAH hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan hati ni ketika hati dirundum dengan masalah pastu di tambah pula dengan berita ni.... ASTAFIRULLAH... tapi aku kuat kan semangat dalam diri dan berfikir positif..masalah yang bertimpa-timpa bagaikan jatuh ditimpa tangga ini ku selami dengan tabah walaupun perasaan masih libang libu... puncanya?? tak tahu sebab ape...mungkin time kecik-kecik dulu tak minum susu kot..hehe...tp sampai sekarang pon aku tak suke minum susu... sabarlah wahai hati sesungguhnya penyakit itu adalah ujian daripada ALLAH dan penyakit juga adalah penghapus dosa-dosa kecil... dan sekrang adalah masa untuk aku menjaga kesihatan diri ini... vitamin B komplek adalah untuk aku tambah tenaga disebabkan kurang lalu makan....dan yang paling penting adalah SUSU ANLENE......wahhhhhhh aku minum susu tp nak bagi tahu kat sini susu anlene perisa coklat tau...so boleh telan la... ok sudahlah mukadimah tu kan...so mari ke episod seterusnya iaitu apakah sebenarnya osteoporosis ini...jommmmmmmmmmm

DEFINISI
penyakit osteoporosis atau tulang rapuh ialah suatu keadaan dimana ketumpatan dan kekuatan tulang berkurangan dan menyebabkan tulang menjadi mudah patah atau reput. osteoporosis membawa kepada tulang poros yang tidak normal yang dapat ditekan atau dimampatkan seperti span. keadaan ini yang membawa kepada kerapuhan tulang. osteopenia ialah keadaan dimana tulang kurang tumpat berbanding tulang yang normal tetapi tidak mencapai tahap osteoporosis. tulang normal terdiri daripada protein, kolegan dan kalsium yang mana memberi kekuatan kepada tulang. tulang yang telah dijangkiti osteoporosis akan mudah patah walaupun pada kecederaan kecil yang lazimnya tidak akan mengakibatkan kepatahan. tulang belakang, tulang rusuk, tulang punggung dan tulang pinggang merupakan tempat yang biasa mengalami retakan atau patah akibat osteoporosis.

SEBAB
di dalam kebanyakan kes, tulang menjadi reput dan lemah disebabkan oleh tahap garam kalsium dan fosforus yang rendah dalam darah.. osteoporosis juga boleh dilihat pada pesakit yang mengalami masalah hormon ataupun pada pesakit yang mengunakan steroid yang berlebihan bagi merawat penyakit tertentu. kekuatan tulang adalah bergantung kepada tahap garam kalsium, fosforus dan lain2. apabila tahap kandungan faram ini menjadi kurang tulang akan lemah. aktiviti seperti berenang, pilates dan berlari boleh membantu utk menguatkan tulang dan boleh menghindarkan osteoporosis. selepas putus haid, bila tahap hormon estrogen mennurun, kadar pelupusan tulang akan meningkat sebanyak 1-3% setahun dan proses ini selalunya berterusan. bagi lelaki kadar pelupusan tulang bermula agak lambat berbanding wanita tetapi akan menjadi sama berbanding kaum wanita selepas umur 65 tahun. dalam usia yang lanjut wanita mungkin akan kehilangan 35-50% ketumpatan tulang manakala lelaki akan kehilangan sekadar 25-35% sahaja.

FAKTOR RISIKO
osteoporosis adalah penyakit yg tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku. disebabkan kaedah saringan yg tidak efektif, mengenal pasti faktor2 risiko adalah penting dalam mendiagnosa penyakit ini. 
Risiko yg tidak boleh diubah:
  1. faktor umur
  2. bangsa (oriental dan caucasian)
  3. perempuan
  4. putus haid pada umur awal (kurang dr 45 tahun)
  5. kurus
  6. sejarah keluarga osteoporosis
Risiko yg boleh diubah :
  1. pemakanan yg kurang mengandungi kalsium
  2. kehidupan yg mewah
  3. menghisap rokok
  4. pengambilan alkohol yg berlebihan
  5. pengambilan kafein yg berlebihan
TANDA DAN FAKTOR
pada peringkat awal kerapuhan tulang, pesakit tidak mengalami sebarang tanda atau gejala. apabila kerapuhan telah menyebabkan tulang itu lemah, pesakit akan menunjukkan tanda dan gejala seperti berikut:
  1. sakit tulang belakang
  2. pesakit akan kelihatan pendek dan bongkok
  3. fraktur pada tulang belakang, sendi pergelangan tangan, sendi tulang pinggul atau tulang lain disebabkan oleh kecederaan kecil.
 
ANALISIS
doktor boleh mengesan osteoporosis menggunakan berbahai kaedah dan alatan menguji ketumpatan tulang. ujian yang paling sensitif utk mengesan osteoporosis adalah DEXA scan (dual energy X-ray absorptiometry). ujian ini adalah mudah, pantas dan tepat. ketumpatan tulang bahagian pergelangan tangan, tulang spina dan pingggul boleh diuji. ujian lain termasuk imbasan CT ataupun imbasan bunyi.

RAWATAN
1-Terapi Penggantian Hormon (HRT)
 efektif utk penyakit ini disebabkan oleh putus haid. kesan maksimum akan diperolehi jika hormon estrogen dimulakan sebaik sahaja putus haid dan diteruskan oleh beberapa tahun.

2- Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs)
ubat Raloxifene 60mg sehari boleh mengekalkan ketumpatan tulang spina dan pinggul. ia juga mempunyai faedah tambahan iaitu mengurangkan risiko pembentukan kanser payudara. ianya sesuai bagi pesakit yg tidak dapat mengambil rawatan HRT

3- Bisphosphonates
ubatan bisisfonat seperti Alendronate (Fosamax) dan Risendronate (Actonel) boleh mengurangkan kadar pelupusan tulang. ianya boleh mengurangkan kadar keptahan tulang sehingga 50%. sangat sesuai bagi individu lelaki, muda dan mereka yg menghidap osteoporosis atas sebab penggunaan steroid yg berlebihan (pesakit lelah). kesan sambingan ubat ini termasuklah sakit perut dan gastritis.

4- Calcitonin
adalah agen anti pereputan yg diberikan melalui sedutan hidung. ia boleh meningkatkan ketumpatan tulang sebanyak 1-1.5% dalam jangkamasa 5 tahun dan mengurangkan kadar kepatahan tulang spina sebanyak 36%. ia juga mempunyai kesan penahan sakit.

5- Kalsium
apabila osteoporosis sudah di tahap teruk, garam kalsium sahaja tidak memadai. namun ia adalah rawatan tambahan yg boleh digunakan bersama ubatan yg lain.
        
6- Vitamin D
vitamin D sebanyak 800 IU sehari yg diambilkan bersama kalsium berkesan utk mengurangkan kadar osteoporosis pada warga tua.

PENCEGAHAN
-pengambilan kalsium dan vitamin yg mencukupi
-senaman - menolong membina tulang yg kuat dan melambatkan proses kerapuhan tulang
-jangan menghisap rokok
-terapi penggantian hormon - terapi penggantian hormon adalah digalakan kepada perempuan yg sudah putus haid
- kurang pengambilan alkohol dan kafein


No comments: