yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Sunday, May 26, 2013

Festival Belia Putrajaya 2013

Festival  Belia Putrajaya tahun 2013 ini berlangsung dari 23-26 Mei 2013. Semestinyalah di Putrajaya la kan…. Rasanya ni dah tahun ketiga hari belia diadakan di Putrajaya…  dan secara rasminya saya juga melibatkan diri dalam festival ini..  pada tahun 2011 dan  2012 ia dikenali sebagai Himpunan Jutaan Belia Putrajaya. Manakala pada tahun ini iaitu 2013 ia dikenali sebagai Festival Belia Putrajaya….  Alhamdulillah dua tahun berturut-turut saya menyertai dan melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini…nk buktinya..saya ade sijil okey..hehehhe…. saya terlibat dalam ape?? Ehmmmmmmm saya hanya mampu untuk masuk pertandingan Khaligrafi Khat je…itu je bakat yang ada dalam diri ini..tapi masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki… saya seorang insan yang tidak sempurna dalam semua perkara…hehhe. Wahhhhh…..


Jom flash back kejap time Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 tu… ok mari saya ceritakan… al kisah tersebutlah kisahhhhhhh…aipppppp….hahaha…bersyair la plak… masa tu saya tak tahu pon ade pertandingan Khat kat Himpunan Jutaan Belia ni..tapi sebab kawan saya yang handle pertandingan ini dan dia hubungi saya untuk masuk pertandingan ni… dia bagitahu saya seminggu sebelum pertandingan akan bermula… okey dalam masa seminggu tu sebenarnya saya amat-amat buzy dan banyak benda saya kena siapkan terutama tesis nak submit draf bab 4 tesis  time tu..wahhhh… pada 25 Mei 2012 adalah hari pertandingan yang bakal berlangsung namun saya masih belum beri kata putus pada kawan saya sama ada nak sertai atau pun tidak…kebetulan malam 24 Mei 2012 penyelia tesis saya memberitahu saya suruh hantar draf bab 4 tesis pada dia keesokkan petangnya iaitu bersamaan 25 Mei itu… so dua benda yang bertembung..kalo korang pilih mane??? Ikot arahan penyelia tesis or pergi pertandingan tu…. Ce teka…ce teka….hahha…korang nak tahu apa saya buat… saya mesej penyelia tesis saya dan saya beritahu saya nak masuk pertandingan khat kat himpunan jutaan belia tu pukul 3 petang nanti… boleh tak postpone untuk jumpe hantar draft tesis tu hari isnin… dan 3 minit kemudian penyelia saya iaitu Encik Rodzi reply mesej kata “awk hantar draf tu dalam sampul depan bilik saya nanti saya ambil… nanti menang belanja saya” hehhe… terbaik la kan doa dari penyelia…hehhe.. so bayangkan dalam masa tak sampai setengah jam yang pertandingan tu akan bermula…saya bersiap ala-ala koboi je terus ajak Nadia temankan saya untuk ke Putrajaya…naik ape?? Of course la naik moto kesayangan saya tu…hehhe.. bayangkan tak sampai setengah jam saya dah sampai tempat pertandingan dan kebetulan masa merempit tu semua trafight light hijau je…hehhe.. Alhamdulillah Allah tolong… masa ni terima kasih sangat2 dekat ALLAH kerana selamatkan perjalanan saya dan mengatur untuk selesaikan dan memilih 2 perkara dalam 1 masa….dan terima kasih juga pada kawan saya Hezi yang sanggup tunggu saya sampai baru mulakan pertandingan…dan terima kasih juga pada kawan saya Nadia yang meneman justeru menjadi pengurus bidan terjun saya….nadia pemadam aku hilang masa tanding tu…hehehe... masa ini saya hanyalah dapat nombor ketiga…TAPI…TAPI saya memang tak puas hati dengan yang menang no 1 dan 2… sbbnya tulisan khat dorang  bukan khat sebenar…macam tulisan yang tiada seni khat.. tu sebab saya tak puas hati.. dan pengadil t upon mcm tak de pengalaman dan aku terlihat di tag namanya tertulis “peniaga”…siapakah pengadil ini sebenarnya?? So mmg agak tak puas hati dengan keputusan tahun lepas…ok nanti saya tunjuk khat tu yer…

Okeyyyyy…kembali pula pada Festival Belia Putrajaya 2013… jenuh jugak saya godek website Kementerian Belia dan Sukan… godek punya godek jumpe jugak acara-acara yang berlangsung di festival ini nanti…Pertama sekali mestilah saya cari Pertandingan Khat..ade!!! tapi tak dituliskan tarikh dan masa pertandingan tu…so dengan pantas dan berani hantar mesej kepada orang yang uruskan acara tu… Alhamdulillah dia hantar tentative program ke email saya…so dah tahu masanya 9.30pagi pendaftaran dan pertandingannya pada 11pagi pada 25 Mei 2013…. Eh tarikh sama la kan pada tahun lepas….hehhe… so pepagi dah bersiap sedia dengan bertemankan Huda pula yang menjadi pengurus bidan terjun saya….dan ade lagi sorang pengurus bidan terjun iaitu Pejoi…hahha… thanks korang sebab nak temankan dan beri sokongan walopon saya kalah….wowwwww peserta kali ni memang marvelous la…sangat-sangat terbaik la… kategori terbuka kan… yang masuk tu semua yang terbaik laaa….. dan harapanku dari awal sudah mula merasakan tiada harapan tp cubelah sedaya mampu… tapi saya memang buat sedaya mampu la dan bila memandang ke sebelah..wahhh cantiknya dorang buat… so dah set dalam mind ni tak de harapan.. soooooo keputusannya saya memang kalah..tapi kali ini tiada protes macam tahun lepas sebab pemenang-pemenang tu memang terbaik la..memang layak menang sangat-sangat… lagipon Juri tu pon memang sangat-sangat berpengalaman dalam khat selama 16 tahun… inilah pertandingan khat yang sebenar… menilai berdasarkan tulisan bukannya bentuk-bentuk yang nmpak cantik namun tulisan khatnya tiada langsung seni khat macam tahun 2012 dahulu…hehhehe… tahniah kepada yang menang..nanti saya tunjukkan yang menang tu..memang cantik sangat2 dia buat.. tahun kedua dapat sijil menyertai Hari Belia ini… thanks pada korang yang sudi teman saya…hehhe… dengan sukarelanya menjadi pengurus dan jurugambar saya kan…hehe….tapi boleh jenjalan sesame dan sesi kaunseling jugak dilakukan..hahha…ape-ape pon memang menghebohkan diri semasa mem’belia’kan diri….hehhe

wahhhh fokusnya..padahal baru tulis tolong kawan yg handle tu translatekan rumi ke jawi je..heheh (2012)

ni baru bermula...hehhe..psiko je org sebelah tu..(2012)
antara pesertanya...rasanya yg baju merah tu kot johan..(2012)
abg kamera pon join jugak,...hehhe(2012)
ni betul-betul yer...bukan berlakon....fokusnya(2012)
finally..ni la hasilnya...(2012)
no. 1... tengoklah seni khat nya....khat dinilai pada seninya bukan pada bentuknya... pandangan korang???(2012)
no. 2.... ni pon same...mane seninya?? pandangan korang??(2012)
ni no 3...yg saya punya...tp masih ade yg salah juga tp seni khatnya adalah seni khat mengikut peraturan khat sebenarnya kalo masuk pertandingan mane2 pon...huhu
antara pemenang... yg baju pink sebelah tu la JURI nya....memang xnmpak keprofesionalnya...(2012)
ni plak yang tahun 2013 punya... segmen modal insan...
Juri sedang tulis ayat ape yg perlu ditulis...juri ni dah berpengalaman 16 tahun... respect beliau sgt2 sebab dia adalah salah seorang penulis khat untuk watikah Agong
seriusnya..sbb dh psiko dengan peserta...hehe..baru bermulaaaa....
antara pesertanya....ramaikan kali ni..perempuan 4 orang je..lelaki ramai..dan pemenangnya semuanya lelaki..hehe
finally ni la hasil yang mampu saya buat.... Alhamdulillah...
nampak tak tu pengurus bidan terjun sedang memerhati saya dr belakang...hahahha
pesertanya....
fokus untuk kali terakhir menyiapkan hasil khat saya....
ni jugak pengurus bidang terjun yang menyibuk je kt belakang..hahha...
ok ni la pemenangnya....yg nmpak kepala je ni adalah no 1 dan depan tu adalah no 2...
padam yang mana yg patot..heheh..last...
no. 1.. cantikkan...serius cantik....memang puas hati dia menang sbb kreatif dan seni khatnya yg tiada salah...
no. 2... ni pon cantik...huruf2nya tiada salah sikit pon....tahniah yer....
no. 3... kreatif dan tulisan yg cantik....
and lastly....dah tahu keputusan so pergi ke jom heboh plak...hehhe... menghebohkan diri setelah 'belia'kan diri...hehhehe



Saturday, May 11, 2013

Dedikasi Buat Mak Sempena Hari Ibu

Assalamualaikum wbt…

12 Mei muncul lagi….muncul lagi tahun ni…wahhh tiap-tiap tahun muncul kan… kenapa dengan 12 Mei? Laaa kan 12 Mei disambut setiap tahun yang merupakan Hari Ibu… Namun bagi saya sebagai anak…hari ibu adalah setiap hari tidak mengira masa dan waktu…saya sayang mak saya sangat-sangat…buat abah pon saya sayang sangat-sangat….Mak, Ummi, Ibu, Mama, Mummy…. Tak kisahlah panggil apa sekalipon namun semua itu hanyalah satu iaitu ibu yang telah melahirkan kita semua… insan yang telah susah payah membesarkan kita dan menabur bakti untuk anak-anaknya.. Ok sempena Hari Ibu yang disambut setiap tahun ni saya ada dedikasi untuk mak saya yang tersayang dan juga buat yang bergelar ibu dan bakal bergelar ibu tu..

First sekali saya nak mohon maaf dan ampun dari mak sepanjang mak besarkan orang (orang adalah kata diri saya dengan mak saya) dari usia orang 1 hari dalam perut mak…yang mak kendong usung pergi ke sana ke mari sampai 9 bulan yang keluar-keluar berat anak mak ni 3.8kg yang berat ni kan… tanggal 17 November 1989 hari Jumaat pukul 6.00 Petang beban mak kendong orang pon selesai dan selamat melahirkan dengan cara normal walaupun masa tu hanya menggunakan khidmat bidan je…anak orang lain dah mula lahir kat hospital kan tapi masa tu family kita susah dan gunakan cara tradisional lagi..tapi ALHAMDULILLAH anak bongsu mak ni sihat walafiat selepas dilahirkan lalu diberi nama NOR AZWAAZLIZA…(azwa bermaksud isteri dalam bahasa Arab dan azliza dalam bahasa Arab saya tak pasti tetapi dalam bahasa Sanskrit azliza tu bermaksud suka tido..heheh).. tak terkata mak jaga orang yang banyak kerenah ni kan…kecik-kecik tak nak makan..susu pon tak nak Cuma susu mak je yang diminum susu lain jangan harap nak pandang pon tak nak kan… Arwah Tok jugak pernah ceritakan kat orang yang orang ni makan main-main je macam buat ubat sebab kalo makan tengah hari, malam dah tak nak makan, tu sebab kecik-kecik dulu bantot kemetot je…lagi satu waktu orang kecik-kecik cacing banyak dalam badan tu kemetot..masuk darjah 1 pon duduk kedua dari depan sebab kemetot…pastu asik kena buli je kata “pendek-pendek”… Al-Fatihah kat arwah Tok.. tapi mak tak pernah merungut jaga orang yg banyak kerenah ni…nak minum milo je tak nak air lain… aduhhh susah jugak jaga orang ni kan mak…. Waktu orang kecik mesti mak tatang orang macam minyak yang penuhkan.. orang tengok gambar2 lama pon mak manjakan orang sangat… bila orang dah pandai berjalan dah pandai bergaul dengan kawan-kawan mesti mak risaukan sebab kawan-kawan kat kampong time tu semua lelaki yang perempuan Cuma 2 orang je t upon termasuk orang kan… jap-jap ingat balik geng budak-budak merayau dulu pit, amir, farid, jam, maad, dollah, man, paiz,siti…hah amek semua lelaki..tu la tahun mak lahirkan orang semua geng2 lelaki je ramai…nyaris-nyaris je anak mak ni nak jadi tomboikan… nasib baik cepat berubah menjadi ladies sampai sekarang kan…hehhe.. yela kalo dulu dah darjah 6 pon tak reti masak nasi lagi pastu kakak ngan mak bebel2 tak reti masak nasi.. Alhamdulillah dah masuk sekolah menengah orang dah berubah semua kan..dah tak geng-geng dengan kawan laki2 yang suka main gasing, wau, panjat pokok, kayu 3, menyorok-nyorok, tuju tin, rounders, tuju kasut…wahhh semua mainan lelaki orang main…. Mungkin masa tu hati mak bimbang sangat-sangat kan dekat orang ni… Alhamdulillah mungkin doa mak jugak termakbul orang dah berubah jadi ladies tapi masih ada sikit-sikit sifat kasar tu.. tu sebab orang suka benda lasak-lasak macam panjat bukit, panjat pokok, khemah…kira semua-semua aktiviti pengakap tu mak restu la kan tapi berhenti di pertengahan jalan je tak sempat nak amek pengakap diraja sebab orang pilih ke pertandingan khat.. itulah qada dan qadarNYA kan mak… tapi sampai sekrang kalo musim rambutan kat rumah mak tak suruh anak lelaki mak yang panjatkan tapi mak suruh orang yang panjat…hehe..nak buat cam mana mak..mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi…(kengkawan nak tahu tak kenapa saya cakap macam tu… sebabnya time mak saya mula-mula pregnantkan saya dia panjat pokok cempedak nak sarungkan buah cempedak tu…pastu dalam 2 minggu sebelum due date saya nak keluar tengok dunia ni mak saya tolong abah angkut tebu nak jual)…. Tu sebab anak mak ni buas, ganas macam laki..mak pon sama time mengandungkan orang mak buas…heheh..sayang mak…

Sampai lah orang dah besar umur dah 24 tahun ni pon mak masih jaga orang macam budak kecil lagi… orang tak tahu nak balas jasa mak macam mana… sampaikan soal cinta pon saya ceritakan dekat mak walopon saya dah 24 tahun ni…. Kawan-kawan orang dari tadika sampai lah kat university semua mak kenal..semua orang ceritakan dekat mak…nampak macam kanak-kanak kan… saya sukakan dekat sape-sape pon saya ceritakan dekat mak saya..wahhh manjanya kan..anak bongsu kot.. mak pon layan je ape saya cerita… itulah salah satu sifat mak yang paling orang sayang sangat-sangat mak…. Mak tak pernah bosan dengar orang cerita apa-apa pon.. even kalo balik dari sekolah pon orang cerita macam2 kat mak… kat university pon orang cita kat mak..kalo tak bersemuka pon orang akan call mak cerita apa yang terjadi kat orang..apa yang orang buat… dekat campus orang nak pergi mana-mana pon mesti orang call mak bagitau dulu.. semuanya kerana mak…semua kawan2 campus orang mak kenal sampai ajak kawan-kawan balik rumah kat kampong.. mak suka sangat layan kawan-kawan orang… kawan-kawan orang masa sekolah menengah pon mak layan lebih-lebih sampai dorang siap melawak lagi dengan mak…. Thank you mak sebab mak memahami sangat hati anak mak ni…memahami yang orang suka berkawan dengan sesiapa sahaja... orang ingat pesan mak “cari kawan yang elok-elok jangan cari kawan yang tak tentu hala nanti kamu juga yang merana….aku nak tengok kamu Berjaya macam anak orang lain”…. Alhamdulillah… InsyaALLAH sampai sekarang orang cari kawan-kawan yang membina mak bukannya merosakkan…tapi bila kita buat baik masih ada insan yang berbuat kejahatan pada kita… itulah ujian ALLAH nak uji pada setiap kebaikan seseorang… ALHAMDULILLAH semua itu mematangkan dan lebih berhati-hati dalam memilih teman..
Kalau dulu waktu di campus hujung-hujung semester je mesti orang ade tepon bagitau duit orang tak berapa nak cukup..mak bebel “tu la waktu ada duit tak nak berjimat dah tak da sekrang baru nak beringat…besok aku suruh kak na pi masukkan kat bank”…. Heheh.. walopon tu duit abah, abah memang on time je boleh bagi tapi leteran dan bebelan mak tu akan orang ingat mak..sebab bebelan mak tu sebenarnya nasihat kat orang… sekarang orang dah bekerja ni orang dah tau apa yang mak cakap dulu… ada duit tu berjimat.. Alhamdulillah..tu la hasil bebelan mak sampai lah sekarang orang pandai nak manage duit orang sendiri… mak abah tersenyum lebar bila orang dah start keja orang dah tak pernah minta lagi duit dengan mak abah..Cuma sekali tu ja orang baru sebulan keja and then balik kampong abah hulurkan duit RM100 kat orang… abahhhhhhh…..sedih bertamu dihati bila terkenangkan abah buat macam tu kat anak bongsu dia ni…. Anak abah ni dah kerja dah abah malu nak amek dan tolak tak nak amek tapi abah cakap “ambiklah kot-kot ni last aku bagi kat hang”…huaaaa sedihh dan untuk kali keseterusnya bila balik kampong abah dah tak hulurkan lagi tapi anak bongsu ni lah yang bertanggungjawab kat mak abah pula… 24 tahun orang dijaga, dibelai, diberi macam-macam… orang tak tahu nak balas budi mak abah macam mana…  buat masa ni orang sudah tunaikan hasrat mak dan abah nak tengok anak bongsu ni masuk university sangat kan… Alhamdulillah orang dah capat hasrat dan impian mak abah.. Alhamdulillah juga orang dah Berjaya bagi segulung ijazah dekat mak abah dan orang dah bawa mak abah masuk dewan tengok orang terima ijazah.. masa bergema nama orang dilaungkan dalam DECTAR tu mesti mak abah gembira kan… ALHAMDULILLAH.. setakat ni itulah yang sedaya mampu orang berikan dekat mak abah… IN SYA ALLAH orang dah berkerja ni orang akan tolong sedaya mampu seperti mana mak abah tolong orang dulu dan jaga orang sampai sekarang…

Makkkkkk orang rindu kat mak… rindu nak tidoq dengan mak…opppssss walopon dah besar camni pon saya masih tido dengan mak kalo sekali sekala balik kampong..hehhe… nilai dan pengorbanan mak dekat orang tak terbalas mak.. dari jauh orang doakan kebahagiaan dan panjang umur mak abah.. orang SAYANG MAK sangat-sangat…. Selamat Hari Ibu mak… hari-hari adalah hari orang menghargai mak..hari-hari teringatkan mak…rindukan mak nak menyembang-nyembang…usik mengusik.. of course la masakan mak…. Mak masak paling sedap tak boleh lawan mana-mana orang lain.. ya ALLAH panjangkan umur MAK dan ABAH semoga dapat ku berbakti lebih lama untuk mereka ya ALLAH.. Aminnnnn….

And lastly buat mereka-mereka yang telah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu… buat kakak-kakakku kak ya, kak yana dan kakak iparku kak syimah dan kak imah Selamat Hari Ibu semoga menjadi seorang ibu yang mithali dan dapat mendidik anak-anak yang soleh dan solehah… dan buat kawan-kawan yang telah dan bakal bergelar ibu juga saya ucapkan Selamat Hari Ibu… pengalaman menjadi seorang ibu pastinya menarik kan?? Merasai detik-detik mengetahui kedatangan orang baru, membesarkan anak-anak dan mendidik anak-anak pasti menggembirakan kerana anak adalah permata keluarga yang menjadi kebahagiaan keluarga… InsyaALLAH saya pon mahu merasainya sebagai seorang ibu..saya sayangkan budak-budak.. InsyaALLAH jika diberikan peluang oleh ALLAH dalam masa terdekat ini juga saya nak…hehhe… tapi apakan daya semua itu hanya ALLAH sahaja yang mengetahui bila dan masanya… doakan saya juga yer..saya pon nak bergelar seorang ibu…

inilah mak saya yang paling best sekali....inilah penarang jantung saya selamanya...
wajah kegembiraan yang dipamerkan... Alhamdulillah....ini yang anakmu dapat berikan buat masa ini
ini pula abah saya...wahhh dengan basikal merah dia hasil pemberian Abg A..heheh
ni lah buah hatiku selama-lamanya...mereka lah segala-galanya..kerutan dan keringat mereka tak kan sekali dilupakan...


~SELAMAT HARI IBU MAK~

Friday, May 10, 2013

Welcome Rejab...Kedatanganmu di Nantikan...


Assalamualaikum wbt....
Sedar tak sedar kita sudah masuk di Bulan Rejab iaitu salah satu bulan yang Mulia di sisi ALLAH SWT... selepas bulan Rejab pastinya bulan Syaaban menjelma dan seterusnya Bulan Ramadhan pula muncul... indahkan aturan ALLAH... 3 bulan ini adalah bulan yang paling mulia di sisi ALLAH..hal ini kerana Bulan Rejab adalah Bulan untuk ALLAH, BUlan Syaaban adalah Bulan untuk Nabi Muhammad dan Bulan Ramadhan adalah untuk Umatku.. mari saya ceritakan kelebihan Bulan Rejab ini... sesamalah kita mempelajari ilmu dan muhasabah diri ke arah kebaikan.. 

Diriwayatkan Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

"Ketahuilah bahawa Bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT"

"Barang siapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT"

"Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH SWT akan menyelamatkan dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih di kulit badan yang menyebabkan kegatalan dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal"

"Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka JAHANAM"

"Barang siapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya"

"Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaanya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT"

"Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatan dengan kebaikan"

"barang siapa yang menambah hari-hari puasanya maka ALLAH akan menambahkan pahalanya"

Sehubungan itu, Rasulullah SAW juga bersabda bahawa "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril "Wahai jibril untuk siapakah sungai ini"

Maka Jibril berkata " Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab"

Selain itu, Riwayat Tsauban juga menceritakan:
"Ketika kami berjalan bersama-sama NABI SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya kepada Rasulullah SAW " Ya Rasulullah SAW, mengapa baginda menangis?"

Lalu Rasulullah bersabda " Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka".. Sabda Baginda lagi " Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab dan mereka tidak tidur semalaman sahaja di Bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur"

Tsauban bertanya lagi " Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda Rasulullah SAW " Wahai Tsauban, demi ALLAH ZAt yang telah mengutuskan saya sebagai Nabi tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun"... sambung Rasulullah lagi " Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Syaaban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku"

Sabda Rasulullah lagi " Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat kecuali para Nabi, keluarga Nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka"

Bulan Rejab juga dimuliakan dengan malam ISRA' MI'RAJ, bulan Syaaban dengan malam NISFU SYAABAN dan bulan Ramadhan dimuliakan dengan malam LAILATUL QADAR nya.... indahnya...mulianya.. SUBHANALLAH indahnya ciptaan ALLAH..  jika berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan), berpuasa 16 hari akan dapat melihat wajah ALLAH di dalam syurga dan menjadi orang yang pertama menziarahi ALLAH dalam syurga, puasa sehari akan mendapat syurga tertinggi iaitu Jannatul Firdaus, sehari berpuasa dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga, diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepadaNYA, diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipelihara ALLAH umurnya yang tinggal, Terlepas daripada dahaga di Akhirat dan sesiapa yang bersedekah dalam bulan Rejab seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapuskan seribu kejahatan.


Kawan-kawan sekalian marilah kita bersama memuliakan bulan-bulan ini namun harus diingatkan juga bukanlah berbuat baik dan beramal hanya di bulan ini sahaja...pada bulan-bulan lain serta hari-hari kita juga haruslah sentiasa melakukan ibadat dan beramal untuk bekalan kita di Akhirat kelak.. INSYAALLAH dengan usaha kita bertaubat dari dosa-dosa kita yang lalu ALLAH akan mengampuni dosa kita dengan niat Taubat Nasuha iaitu tidak akan sesekali mengulangi dosa-dosa yang kita lakukan dulu.. muhasabahkan diri kita ke arah kebaikan demi kehidupan di Akhirat nanti.. Setiap insan semestinya mempunyai dosa-dosa namun harus di ingatkan juga bahawa ALLAH SWT juga adalah MAHA PENGAMPUN, MAHA BERKUASA, MAHA PEMURAH, MAHA MENGETAHUI....

Tuesday, May 7, 2013

Pilihan Raya Umum ke-13


Assalamualaikum wbt…. Apa khabar agaknya korang semua yer?? Sihat?? Alhamdulillah sihat la yer… rindu saya tak?? Hehe… ok hari ni kite ber’entry’ politik sikit yer walopon saya tak minat sangat pasal politik ni but kita kena ambil tahu jugak walopon sedikit…
Pada tanggal 5 Mei 2013… pada hari ini adalah hari raya di Malaysia..hehe..raya ape?? Pilihan raya… iaitu hari di mana kuasa dan tanggungjawab rakyat untuk memilih para pemimpin di Malaysia ini… iaitu melalui dengan pengundian.. pengundian parti mana yang layak untuk menjadi kerajaan di Malaysia ini.. parti yang banyak parti itulah yang membentuk kerajaan Malaysia.. mungkin semua sedia maklum mengenai perkara ini kan.. Pilihan Raya merupakan satu kaedah demokrasi yang dilakukan dan kuasa memilih di tangan rakyat.. oleh itu pada hari tersebut rakyat diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang berwibawa dan mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap masalah rakyat. Daaannnnn buat perngetahuan juga ini adalah kali pertama saya mengundi…ye la inilah baru merasai bagaimana kuasa di tangan saya untuk mengundi memilih pemimpin yang layak di kawasan saya kan… first time… of course la rasa macam cuak sikit la..berdebar-debar jugak sebab tak tahu nak buat macam mana…nak pangkah macam mana….nak buang kat mana undi tu..hahhaha…macam2 saya Tanya mak macam mana nak buat…hehhe… Alhamdulillah Berjaya jugak saya mengundi dan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pengundi…
Terasa diri ini berkuasa sekali…waaaahhhhhh….. time tu je la berkuasa… reaksi manusia ketika mengundi macam-macam ragam ada..seronok tengok gelagat manusia pada ketika itu… dan ade kawan saya waktu form 6 dulu rupanya jaga tempat pengundian… Shukri dengan Azlie… jumpe la sekejap rupanya dorang undi pos je.. ok berbalik kepada PRU13 ni… wahhh excited sebenarnya sebab Negara kononnya mahu ditukar tampuk pemerintahannya dan macam-macam fenomena berlaku sebelum PRU ni… dan bermacam-macam manisfesto telah dijanjikan kepada masyarakat… macam-macam la slogan itulah inilah.. Namun sebenarnya itu semua tidaklah penting bagi saya kerana sebuah Negara seharusnya mempunyai satu gerakan pemerintah supaya pemerintah itu mempunyai hala tuju yang baik untuk sesebuah Negara itu… masih ingat lagikah kamu semua semasa belajar Pengajian Am waktu di Form 6 dulu.. sebuah Negara mestilah mempunya rakyat, sempadan, pemerintah dan ape lagi ntah..lupo dah..hehhe.. so ingin ditegaskan di sini peranan pemerintah adalah sangat penting sekali… seperti yang sedia maklum di Malaysia ini banyak Parti-parti tertentu yang mempunyai objektif dan misi-misi tertentu.. asam garam politik ada kerajaan pastinya ada pembangkang…ada pembangkang pasti adanya kerajaan.. so semua ni saling berkaitan antara satu sama lain kerana jika ada satu parti sahaja pastinya tiada saingan untuk melakukan penambahbaikan antara satu sama lain.. okey di Malaysia ni banyak sebenarnya parti-parti yang bertanding semasa PRU antaranya Barisan Nasional, Pas, Keadilan, DAP, Bebas, Star dan beberapa lagi. Banyakkan parti di Malaysia ni.. yang terbahagi pelbagai jenis.. Namun, lebih baik jika parti yang berlandaskan semua kaum dan memperjuangkan agama dan perpaduan Negara itu dipilih oleh rakyat.. saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi…masihkah ada yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab Negara itu… undi anda adalah satu amanah sebenarnya…
Alhamdulillah…selesai mengundi dan pusat pengundian pon diumumkann telah ditutup pada pukul 5 petang itu…dannnnnn tibalah masanya untuk mengumumkan keputusannya..hehhe..yeeeeeaaaahhhhhhhahahhaha…. wahhhh excited bebenor kamu yer azwa… sebenarnya tak sabar nak tengok siapa yang menang yang akan membentuk kerajaan… tik tok tik tok tik tok…masa pon berlalu detik demi detik dannnnnn pukul 1.30pagi barulah tahu keputusannya siapa yang menang… kerajaan yang lepas juga masih memegang tampuk pemerintahan iaitu Barisan Nasional.. saya tak kisah parti mana yang menang sekalipon asalkan ketua pemerintah dan majority tampok pemerintahan terdiri daripada golongan orang Islam dan Melayu.. hal ini kerana seperti sedia maklum Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang terkenal di mata dunia.. Namun sedikit kesal dihati ini.. hati seorang yang berdarah Melayu beragama Islam.. kerana beberapa kawasan dimenangi oleh DAP. Bukan menolak pemerintahan mereka tetapi kesal mengapa orang Islam tidak Berjaya melawan sedangkan inilah tanah air orang Melayu… adakah Malaysia ini akan berlaku seperti di Singapura dahulu?? Yang asalnya ramai orang Melayu namun lihatlah sekrang golongan manakah yang ramai di Singapura?? Tragedi perkauman mula ditunjukkan walopon masih kabur.. wahhhh saya dah jadi analisis politik sekarang… berfikirlah secara waras… berfikirlah lebih jauh.. suatu hari nanti mungkin mereka bangkit dengan semangat yang jitu boleh mengalahkan parti-parti yang majoritinya adalah orang Islam… apa salahnya Parti Pas dan UMNO ataupun Keadilan bergabung untuk mengeratkan hubungan sesame Islam…sesame Melayu… berjuanglah demi agama Islam dan bangsa kita.. belajarlah daripada SEJARAH dahulu.. kenanglah sejarah dahulu…ambillah pengajaran daripada sejarah dahulu… pentingnya belajar sejarah agar sejarah silam tidak akan kembali lagi… maaf andai saya mentafsirkan bahawa PRU13 ini mempunyai unsur perkauman sebenarnya… di mana semangat 1 Malaysia yang diwar-warkan di Negara ni… mungkinkan Gagasan 1 Malaysia ini sama seperti gagasan yang diberikan oleh Singapura dahulu?? Fikir-fikirkanlah yang terbaik untuk Negara yang kita cintai ini..
Pada parti yang menang iaitu Barisan Nasional.. bentuklah satu pemerintahan yang sebaik mungkin yang mampu memberikan kegembiraan kepada rakyat… kotailah janji-janji yang diperkatakan sewaktu berkempen dahulu… kerana memungkiri janji adalah perkara yang tidak disenangi.. Penipuan juga menyebabkan kehidupan seseorang itu tidak aman kerana hanya percakapan yang ‘laqa’ sahaja. Berfikirlah secara matang, kenanglah nasib yang akan berlaku, bermusyawarrahlah sebaiknya, bermuhasabahlah dalam apa perkara sekalipon… kerana apa perkara yang dilakukan dan berlaku itu adalah ujian daripadaNYA.. setiap langkah setiap aktiviti yang dilakukan oleh kita adalah ujian dariNYA.. semoga Negara Malaysia sentiasa berada dibawah naungan yang aman dan sejahtera serta keadilan dan amanah sentiasa dipraktikkan dalam apa jua perkara sekali pon..
Marilah melihat saya pergi mengundi pada 5 Mei 2013 tersebut…hehhe..seawal 8 pagi saya sudah terjegat depan gate untuk masuk mengundi..wahhhh semangat kan…hehhe…
tu dia kena beratur...
mak dan kak mimah 


saya sudah mengundi..inilah buktinya...hehhe..dakwat kekal...