yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Friday, May 10, 2013

Welcome Rejab...Kedatanganmu di Nantikan...


Assalamualaikum wbt....
Sedar tak sedar kita sudah masuk di Bulan Rejab iaitu salah satu bulan yang Mulia di sisi ALLAH SWT... selepas bulan Rejab pastinya bulan Syaaban menjelma dan seterusnya Bulan Ramadhan pula muncul... indahkan aturan ALLAH... 3 bulan ini adalah bulan yang paling mulia di sisi ALLAH..hal ini kerana Bulan Rejab adalah Bulan untuk ALLAH, BUlan Syaaban adalah Bulan untuk Nabi Muhammad dan Bulan Ramadhan adalah untuk Umatku.. mari saya ceritakan kelebihan Bulan Rejab ini... sesamalah kita mempelajari ilmu dan muhasabah diri ke arah kebaikan.. 

Diriwayatkan Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

"Ketahuilah bahawa Bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT"

"Barang siapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT"

"Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH SWT akan menyelamatkan dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih di kulit badan yang menyebabkan kegatalan dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal"

"Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka JAHANAM"

"Barang siapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya"

"Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaanya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT"

"Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatan dengan kebaikan"

"barang siapa yang menambah hari-hari puasanya maka ALLAH akan menambahkan pahalanya"

Sehubungan itu, Rasulullah SAW juga bersabda bahawa "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril "Wahai jibril untuk siapakah sungai ini"

Maka Jibril berkata " Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab"

Selain itu, Riwayat Tsauban juga menceritakan:
"Ketika kami berjalan bersama-sama NABI SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya kepada Rasulullah SAW " Ya Rasulullah SAW, mengapa baginda menangis?"

Lalu Rasulullah bersabda " Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka".. Sabda Baginda lagi " Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab dan mereka tidak tidur semalaman sahaja di Bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur"

Tsauban bertanya lagi " Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda Rasulullah SAW " Wahai Tsauban, demi ALLAH ZAt yang telah mengutuskan saya sebagai Nabi tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun"... sambung Rasulullah lagi " Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Syaaban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku"

Sabda Rasulullah lagi " Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat kecuali para Nabi, keluarga Nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka"

Bulan Rejab juga dimuliakan dengan malam ISRA' MI'RAJ, bulan Syaaban dengan malam NISFU SYAABAN dan bulan Ramadhan dimuliakan dengan malam LAILATUL QADAR nya.... indahnya...mulianya.. SUBHANALLAH indahnya ciptaan ALLAH..  jika berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan), berpuasa 16 hari akan dapat melihat wajah ALLAH di dalam syurga dan menjadi orang yang pertama menziarahi ALLAH dalam syurga, puasa sehari akan mendapat syurga tertinggi iaitu Jannatul Firdaus, sehari berpuasa dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga, diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepadaNYA, diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipelihara ALLAH umurnya yang tinggal, Terlepas daripada dahaga di Akhirat dan sesiapa yang bersedekah dalam bulan Rejab seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapuskan seribu kejahatan.


Kawan-kawan sekalian marilah kita bersama memuliakan bulan-bulan ini namun harus diingatkan juga bukanlah berbuat baik dan beramal hanya di bulan ini sahaja...pada bulan-bulan lain serta hari-hari kita juga haruslah sentiasa melakukan ibadat dan beramal untuk bekalan kita di Akhirat kelak.. INSYAALLAH dengan usaha kita bertaubat dari dosa-dosa kita yang lalu ALLAH akan mengampuni dosa kita dengan niat Taubat Nasuha iaitu tidak akan sesekali mengulangi dosa-dosa yang kita lakukan dulu.. muhasabahkan diri kita ke arah kebaikan demi kehidupan di Akhirat nanti.. Setiap insan semestinya mempunyai dosa-dosa namun harus di ingatkan juga bahawa ALLAH SWT juga adalah MAHA PENGAMPUN, MAHA BERKUASA, MAHA PEMURAH, MAHA MENGETAHUI....

No comments: