yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Saturday, May 11, 2013

Dedikasi Buat Mak Sempena Hari Ibu

Assalamualaikum wbt…

12 Mei muncul lagi….muncul lagi tahun ni…wahhh tiap-tiap tahun muncul kan… kenapa dengan 12 Mei? Laaa kan 12 Mei disambut setiap tahun yang merupakan Hari Ibu… Namun bagi saya sebagai anak…hari ibu adalah setiap hari tidak mengira masa dan waktu…saya sayang mak saya sangat-sangat…buat abah pon saya sayang sangat-sangat….Mak, Ummi, Ibu, Mama, Mummy…. Tak kisahlah panggil apa sekalipon namun semua itu hanyalah satu iaitu ibu yang telah melahirkan kita semua… insan yang telah susah payah membesarkan kita dan menabur bakti untuk anak-anaknya.. Ok sempena Hari Ibu yang disambut setiap tahun ni saya ada dedikasi untuk mak saya yang tersayang dan juga buat yang bergelar ibu dan bakal bergelar ibu tu..

First sekali saya nak mohon maaf dan ampun dari mak sepanjang mak besarkan orang (orang adalah kata diri saya dengan mak saya) dari usia orang 1 hari dalam perut mak…yang mak kendong usung pergi ke sana ke mari sampai 9 bulan yang keluar-keluar berat anak mak ni 3.8kg yang berat ni kan… tanggal 17 November 1989 hari Jumaat pukul 6.00 Petang beban mak kendong orang pon selesai dan selamat melahirkan dengan cara normal walaupun masa tu hanya menggunakan khidmat bidan je…anak orang lain dah mula lahir kat hospital kan tapi masa tu family kita susah dan gunakan cara tradisional lagi..tapi ALHAMDULILLAH anak bongsu mak ni sihat walafiat selepas dilahirkan lalu diberi nama NOR AZWAAZLIZA…(azwa bermaksud isteri dalam bahasa Arab dan azliza dalam bahasa Arab saya tak pasti tetapi dalam bahasa Sanskrit azliza tu bermaksud suka tido..heheh).. tak terkata mak jaga orang yang banyak kerenah ni kan…kecik-kecik tak nak makan..susu pon tak nak Cuma susu mak je yang diminum susu lain jangan harap nak pandang pon tak nak kan… Arwah Tok jugak pernah ceritakan kat orang yang orang ni makan main-main je macam buat ubat sebab kalo makan tengah hari, malam dah tak nak makan, tu sebab kecik-kecik dulu bantot kemetot je…lagi satu waktu orang kecik-kecik cacing banyak dalam badan tu kemetot..masuk darjah 1 pon duduk kedua dari depan sebab kemetot…pastu asik kena buli je kata “pendek-pendek”… Al-Fatihah kat arwah Tok.. tapi mak tak pernah merungut jaga orang yg banyak kerenah ni…nak minum milo je tak nak air lain… aduhhh susah jugak jaga orang ni kan mak…. Waktu orang kecik mesti mak tatang orang macam minyak yang penuhkan.. orang tengok gambar2 lama pon mak manjakan orang sangat… bila orang dah pandai berjalan dah pandai bergaul dengan kawan-kawan mesti mak risaukan sebab kawan-kawan kat kampong time tu semua lelaki yang perempuan Cuma 2 orang je t upon termasuk orang kan… jap-jap ingat balik geng budak-budak merayau dulu pit, amir, farid, jam, maad, dollah, man, paiz,siti…hah amek semua lelaki..tu la tahun mak lahirkan orang semua geng2 lelaki je ramai…nyaris-nyaris je anak mak ni nak jadi tomboikan… nasib baik cepat berubah menjadi ladies sampai sekarang kan…hehhe.. yela kalo dulu dah darjah 6 pon tak reti masak nasi lagi pastu kakak ngan mak bebel2 tak reti masak nasi.. Alhamdulillah dah masuk sekolah menengah orang dah berubah semua kan..dah tak geng-geng dengan kawan laki2 yang suka main gasing, wau, panjat pokok, kayu 3, menyorok-nyorok, tuju tin, rounders, tuju kasut…wahhh semua mainan lelaki orang main…. Mungkin masa tu hati mak bimbang sangat-sangat kan dekat orang ni… Alhamdulillah mungkin doa mak jugak termakbul orang dah berubah jadi ladies tapi masih ada sikit-sikit sifat kasar tu.. tu sebab orang suka benda lasak-lasak macam panjat bukit, panjat pokok, khemah…kira semua-semua aktiviti pengakap tu mak restu la kan tapi berhenti di pertengahan jalan je tak sempat nak amek pengakap diraja sebab orang pilih ke pertandingan khat.. itulah qada dan qadarNYA kan mak… tapi sampai sekrang kalo musim rambutan kat rumah mak tak suruh anak lelaki mak yang panjatkan tapi mak suruh orang yang panjat…hehe..nak buat cam mana mak..mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi…(kengkawan nak tahu tak kenapa saya cakap macam tu… sebabnya time mak saya mula-mula pregnantkan saya dia panjat pokok cempedak nak sarungkan buah cempedak tu…pastu dalam 2 minggu sebelum due date saya nak keluar tengok dunia ni mak saya tolong abah angkut tebu nak jual)…. Tu sebab anak mak ni buas, ganas macam laki..mak pon sama time mengandungkan orang mak buas…heheh..sayang mak…

Sampai lah orang dah besar umur dah 24 tahun ni pon mak masih jaga orang macam budak kecil lagi… orang tak tahu nak balas jasa mak macam mana… sampaikan soal cinta pon saya ceritakan dekat mak walopon saya dah 24 tahun ni…. Kawan-kawan orang dari tadika sampai lah kat university semua mak kenal..semua orang ceritakan dekat mak…nampak macam kanak-kanak kan… saya sukakan dekat sape-sape pon saya ceritakan dekat mak saya..wahhh manjanya kan..anak bongsu kot.. mak pon layan je ape saya cerita… itulah salah satu sifat mak yang paling orang sayang sangat-sangat mak…. Mak tak pernah bosan dengar orang cerita apa-apa pon.. even kalo balik dari sekolah pon orang cerita macam2 kat mak… kat university pon orang cita kat mak..kalo tak bersemuka pon orang akan call mak cerita apa yang terjadi kat orang..apa yang orang buat… dekat campus orang nak pergi mana-mana pon mesti orang call mak bagitau dulu.. semuanya kerana mak…semua kawan2 campus orang mak kenal sampai ajak kawan-kawan balik rumah kat kampong.. mak suka sangat layan kawan-kawan orang… kawan-kawan orang masa sekolah menengah pon mak layan lebih-lebih sampai dorang siap melawak lagi dengan mak…. Thank you mak sebab mak memahami sangat hati anak mak ni…memahami yang orang suka berkawan dengan sesiapa sahaja... orang ingat pesan mak “cari kawan yang elok-elok jangan cari kawan yang tak tentu hala nanti kamu juga yang merana….aku nak tengok kamu Berjaya macam anak orang lain”…. Alhamdulillah… InsyaALLAH sampai sekarang orang cari kawan-kawan yang membina mak bukannya merosakkan…tapi bila kita buat baik masih ada insan yang berbuat kejahatan pada kita… itulah ujian ALLAH nak uji pada setiap kebaikan seseorang… ALHAMDULILLAH semua itu mematangkan dan lebih berhati-hati dalam memilih teman..
Kalau dulu waktu di campus hujung-hujung semester je mesti orang ade tepon bagitau duit orang tak berapa nak cukup..mak bebel “tu la waktu ada duit tak nak berjimat dah tak da sekrang baru nak beringat…besok aku suruh kak na pi masukkan kat bank”…. Heheh.. walopon tu duit abah, abah memang on time je boleh bagi tapi leteran dan bebelan mak tu akan orang ingat mak..sebab bebelan mak tu sebenarnya nasihat kat orang… sekarang orang dah bekerja ni orang dah tau apa yang mak cakap dulu… ada duit tu berjimat.. Alhamdulillah..tu la hasil bebelan mak sampai lah sekarang orang pandai nak manage duit orang sendiri… mak abah tersenyum lebar bila orang dah start keja orang dah tak pernah minta lagi duit dengan mak abah..Cuma sekali tu ja orang baru sebulan keja and then balik kampong abah hulurkan duit RM100 kat orang… abahhhhhhh…..sedih bertamu dihati bila terkenangkan abah buat macam tu kat anak bongsu dia ni…. Anak abah ni dah kerja dah abah malu nak amek dan tolak tak nak amek tapi abah cakap “ambiklah kot-kot ni last aku bagi kat hang”…huaaaa sedihh dan untuk kali keseterusnya bila balik kampong abah dah tak hulurkan lagi tapi anak bongsu ni lah yang bertanggungjawab kat mak abah pula… 24 tahun orang dijaga, dibelai, diberi macam-macam… orang tak tahu nak balas budi mak abah macam mana…  buat masa ni orang sudah tunaikan hasrat mak dan abah nak tengok anak bongsu ni masuk university sangat kan… Alhamdulillah orang dah capat hasrat dan impian mak abah.. Alhamdulillah juga orang dah Berjaya bagi segulung ijazah dekat mak abah dan orang dah bawa mak abah masuk dewan tengok orang terima ijazah.. masa bergema nama orang dilaungkan dalam DECTAR tu mesti mak abah gembira kan… ALHAMDULILLAH.. setakat ni itulah yang sedaya mampu orang berikan dekat mak abah… IN SYA ALLAH orang dah berkerja ni orang akan tolong sedaya mampu seperti mana mak abah tolong orang dulu dan jaga orang sampai sekarang…

Makkkkkk orang rindu kat mak… rindu nak tidoq dengan mak…opppssss walopon dah besar camni pon saya masih tido dengan mak kalo sekali sekala balik kampong..hehhe… nilai dan pengorbanan mak dekat orang tak terbalas mak.. dari jauh orang doakan kebahagiaan dan panjang umur mak abah.. orang SAYANG MAK sangat-sangat…. Selamat Hari Ibu mak… hari-hari adalah hari orang menghargai mak..hari-hari teringatkan mak…rindukan mak nak menyembang-nyembang…usik mengusik.. of course la masakan mak…. Mak masak paling sedap tak boleh lawan mana-mana orang lain.. ya ALLAH panjangkan umur MAK dan ABAH semoga dapat ku berbakti lebih lama untuk mereka ya ALLAH.. Aminnnnn….

And lastly buat mereka-mereka yang telah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu… buat kakak-kakakku kak ya, kak yana dan kakak iparku kak syimah dan kak imah Selamat Hari Ibu semoga menjadi seorang ibu yang mithali dan dapat mendidik anak-anak yang soleh dan solehah… dan buat kawan-kawan yang telah dan bakal bergelar ibu juga saya ucapkan Selamat Hari Ibu… pengalaman menjadi seorang ibu pastinya menarik kan?? Merasai detik-detik mengetahui kedatangan orang baru, membesarkan anak-anak dan mendidik anak-anak pasti menggembirakan kerana anak adalah permata keluarga yang menjadi kebahagiaan keluarga… InsyaALLAH saya pon mahu merasainya sebagai seorang ibu..saya sayangkan budak-budak.. InsyaALLAH jika diberikan peluang oleh ALLAH dalam masa terdekat ini juga saya nak…hehhe… tapi apakan daya semua itu hanya ALLAH sahaja yang mengetahui bila dan masanya… doakan saya juga yer..saya pon nak bergelar seorang ibu…

inilah mak saya yang paling best sekali....inilah penarang jantung saya selamanya...
wajah kegembiraan yang dipamerkan... Alhamdulillah....ini yang anakmu dapat berikan buat masa ini
ini pula abah saya...wahhh dengan basikal merah dia hasil pemberian Abg A..heheh
ni lah buah hatiku selama-lamanya...mereka lah segala-galanya..kerutan dan keringat mereka tak kan sekali dilupakan...


~SELAMAT HARI IBU MAK~

No comments: