yg indah itu kenangan dan yg pahit itu juga kenangan...

snow

selamat datang...enjoy my blog n follow k..pastu kumen2 la ek...jgn bace je...kumen gak..inilah cerita kehidupanku...onak duri kehidupan

Tuesday, May 7, 2013

Pilihan Raya Umum ke-13


Assalamualaikum wbt…. Apa khabar agaknya korang semua yer?? Sihat?? Alhamdulillah sihat la yer… rindu saya tak?? Hehe… ok hari ni kite ber’entry’ politik sikit yer walopon saya tak minat sangat pasal politik ni but kita kena ambil tahu jugak walopon sedikit…
Pada tanggal 5 Mei 2013… pada hari ini adalah hari raya di Malaysia..hehe..raya ape?? Pilihan raya… iaitu hari di mana kuasa dan tanggungjawab rakyat untuk memilih para pemimpin di Malaysia ini… iaitu melalui dengan pengundian.. pengundian parti mana yang layak untuk menjadi kerajaan di Malaysia ini.. parti yang banyak parti itulah yang membentuk kerajaan Malaysia.. mungkin semua sedia maklum mengenai perkara ini kan.. Pilihan Raya merupakan satu kaedah demokrasi yang dilakukan dan kuasa memilih di tangan rakyat.. oleh itu pada hari tersebut rakyat diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang berwibawa dan mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap masalah rakyat. Daaannnnn buat perngetahuan juga ini adalah kali pertama saya mengundi…ye la inilah baru merasai bagaimana kuasa di tangan saya untuk mengundi memilih pemimpin yang layak di kawasan saya kan… first time… of course la rasa macam cuak sikit la..berdebar-debar jugak sebab tak tahu nak buat macam mana…nak pangkah macam mana….nak buang kat mana undi tu..hahhaha…macam2 saya Tanya mak macam mana nak buat…hehhe… Alhamdulillah Berjaya jugak saya mengundi dan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pengundi…
Terasa diri ini berkuasa sekali…waaaahhhhhh….. time tu je la berkuasa… reaksi manusia ketika mengundi macam-macam ragam ada..seronok tengok gelagat manusia pada ketika itu… dan ade kawan saya waktu form 6 dulu rupanya jaga tempat pengundian… Shukri dengan Azlie… jumpe la sekejap rupanya dorang undi pos je.. ok berbalik kepada PRU13 ni… wahhh excited sebenarnya sebab Negara kononnya mahu ditukar tampuk pemerintahannya dan macam-macam fenomena berlaku sebelum PRU ni… dan bermacam-macam manisfesto telah dijanjikan kepada masyarakat… macam-macam la slogan itulah inilah.. Namun sebenarnya itu semua tidaklah penting bagi saya kerana sebuah Negara seharusnya mempunyai satu gerakan pemerintah supaya pemerintah itu mempunyai hala tuju yang baik untuk sesebuah Negara itu… masih ingat lagikah kamu semua semasa belajar Pengajian Am waktu di Form 6 dulu.. sebuah Negara mestilah mempunya rakyat, sempadan, pemerintah dan ape lagi ntah..lupo dah..hehhe.. so ingin ditegaskan di sini peranan pemerintah adalah sangat penting sekali… seperti yang sedia maklum di Malaysia ini banyak Parti-parti tertentu yang mempunyai objektif dan misi-misi tertentu.. asam garam politik ada kerajaan pastinya ada pembangkang…ada pembangkang pasti adanya kerajaan.. so semua ni saling berkaitan antara satu sama lain kerana jika ada satu parti sahaja pastinya tiada saingan untuk melakukan penambahbaikan antara satu sama lain.. okey di Malaysia ni banyak sebenarnya parti-parti yang bertanding semasa PRU antaranya Barisan Nasional, Pas, Keadilan, DAP, Bebas, Star dan beberapa lagi. Banyakkan parti di Malaysia ni.. yang terbahagi pelbagai jenis.. Namun, lebih baik jika parti yang berlandaskan semua kaum dan memperjuangkan agama dan perpaduan Negara itu dipilih oleh rakyat.. saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi…masihkah ada yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab Negara itu… undi anda adalah satu amanah sebenarnya…
Alhamdulillah…selesai mengundi dan pusat pengundian pon diumumkann telah ditutup pada pukul 5 petang itu…dannnnnn tibalah masanya untuk mengumumkan keputusannya..hehhe..yeeeeeaaaahhhhhhhahahhaha…. wahhhh excited bebenor kamu yer azwa… sebenarnya tak sabar nak tengok siapa yang menang yang akan membentuk kerajaan… tik tok tik tok tik tok…masa pon berlalu detik demi detik dannnnnn pukul 1.30pagi barulah tahu keputusannya siapa yang menang… kerajaan yang lepas juga masih memegang tampuk pemerintahan iaitu Barisan Nasional.. saya tak kisah parti mana yang menang sekalipon asalkan ketua pemerintah dan majority tampok pemerintahan terdiri daripada golongan orang Islam dan Melayu.. hal ini kerana seperti sedia maklum Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang terkenal di mata dunia.. Namun sedikit kesal dihati ini.. hati seorang yang berdarah Melayu beragama Islam.. kerana beberapa kawasan dimenangi oleh DAP. Bukan menolak pemerintahan mereka tetapi kesal mengapa orang Islam tidak Berjaya melawan sedangkan inilah tanah air orang Melayu… adakah Malaysia ini akan berlaku seperti di Singapura dahulu?? Yang asalnya ramai orang Melayu namun lihatlah sekrang golongan manakah yang ramai di Singapura?? Tragedi perkauman mula ditunjukkan walopon masih kabur.. wahhhh saya dah jadi analisis politik sekarang… berfikirlah secara waras… berfikirlah lebih jauh.. suatu hari nanti mungkin mereka bangkit dengan semangat yang jitu boleh mengalahkan parti-parti yang majoritinya adalah orang Islam… apa salahnya Parti Pas dan UMNO ataupun Keadilan bergabung untuk mengeratkan hubungan sesame Islam…sesame Melayu… berjuanglah demi agama Islam dan bangsa kita.. belajarlah daripada SEJARAH dahulu.. kenanglah sejarah dahulu…ambillah pengajaran daripada sejarah dahulu… pentingnya belajar sejarah agar sejarah silam tidak akan kembali lagi… maaf andai saya mentafsirkan bahawa PRU13 ini mempunyai unsur perkauman sebenarnya… di mana semangat 1 Malaysia yang diwar-warkan di Negara ni… mungkinkan Gagasan 1 Malaysia ini sama seperti gagasan yang diberikan oleh Singapura dahulu?? Fikir-fikirkanlah yang terbaik untuk Negara yang kita cintai ini..
Pada parti yang menang iaitu Barisan Nasional.. bentuklah satu pemerintahan yang sebaik mungkin yang mampu memberikan kegembiraan kepada rakyat… kotailah janji-janji yang diperkatakan sewaktu berkempen dahulu… kerana memungkiri janji adalah perkara yang tidak disenangi.. Penipuan juga menyebabkan kehidupan seseorang itu tidak aman kerana hanya percakapan yang ‘laqa’ sahaja. Berfikirlah secara matang, kenanglah nasib yang akan berlaku, bermusyawarrahlah sebaiknya, bermuhasabahlah dalam apa perkara sekalipon… kerana apa perkara yang dilakukan dan berlaku itu adalah ujian daripadaNYA.. setiap langkah setiap aktiviti yang dilakukan oleh kita adalah ujian dariNYA.. semoga Negara Malaysia sentiasa berada dibawah naungan yang aman dan sejahtera serta keadilan dan amanah sentiasa dipraktikkan dalam apa jua perkara sekali pon..
Marilah melihat saya pergi mengundi pada 5 Mei 2013 tersebut…hehhe..seawal 8 pagi saya sudah terjegat depan gate untuk masuk mengundi..wahhhh semangat kan…hehhe…
tu dia kena beratur...
mak dan kak mimah 


saya sudah mengundi..inilah buktinya...hehhe..dakwat kekal...

No comments: